hi
Dah 18 minggu aku kerja kat company baru ni. Memang dari awalnya aku dah tahu, aku memang based kat site. Dah dari awal datang interview pun dah redha, dan cuba sahut cabaran kat diri sendiri. Sampai bila pun aku tak berjaya, selagi tak berubah. Dulu aku kerja kontrak sambilan, di bayar ikut hari bekerja, makanya kalau cuti, tak dapat gaji. 2 tahun juga la aku duduk situ dan berpuas hati dengan apa yang ada. Walaupun gaji kecil tapi aku berada dalam keadaan zon yang selesa namun selalu jugaklah ikat perut, sebab gaji kenkadang cecukup je. Nasiblah aku jenis yang bukan kaki shopping and bersuka ria tak tentu masa. Aku kawal semua tu.
Sekarang bila da kerja di syarikat swasta, aku lebih berusaha keras la, belajar semua benda, penuhkan ilmu dan pengalaman di dada kerna ku tahu, semua ini untuk masa depanku.
Aku selalu cakap kat diri, nanti kalau ada suami, nak duduk rumah jaga anak saje. Jadi surirumah sepenuh masa. Tapi aku cakap je macam ni, hakikatnya nanti aku sendiri pun tak tahu. Suami aku mampu ke nak sara hidup kami sendirian? Aku tak nak la ada orang yang cakap belakang...."sampai hati dia tak kerja, sedangkan ada ijazah"
Apa pula kata ibu bapa aku nanti, bertahun mereka tanggung kos pembelajaran, sara diri sepanjang tempoh pembesaran sampailah hari graduasi. Takkanlah bila dah berumahtangga nanti, aku tak bagi duit belanja kat dorang. Takkanlah suami aku nak bagi duit belanja kt dorang, sedangkan sang suami juga ada ibu bapa yang perlu dijaga.
Bila difikirkan, walaupun kita dah berumahtangga, tak boleh sesekali kita rasa dah boleh lepas tangan pada ibu bapa kita. Aku tak tengok pada orang lain, aku tengok pada orang terdekat aku je. Yang mana baik, aku jadikan teladan, yang mana tak baik di mataku, aku berdoa supaya djauhkan dan jadi iktibar.
Cakap memang senang.
Setelah hampir 3 tahun aku duduk area KL, PJ, Setia Alam, minggu depan adalah penamatnya buat sementara waktu (masa hadapan mungkin kembali). Projek kat Johor ni ambil masa dalam 3 tahun juga untuk habis. Semoga aku diberikan kekuatan untuk mengharungi ujian mendatang.
Lepas ni, kerja sampai hari sabtu. Jauh sikit dari keluarga. Tiada saudara mara. Banyak lelaki dari wanita. Wedding kengkawan yang mana belah Perak or utara tu mungkin tak dapatlah, jauhhhh, dengan cuti yang sedikit. InsyaAllah kalau yang area Johor ni aku cuba.
Hurmmm...Rabbi yasir wala tu’asir.
Cabaran kini harapnya mendewasakan aku. Habis je projek ni, umur aku pun 28 tahun. Dalam masa 3 tahun kalau tak ada yang approach dan berkenan di hati....alamatnya....hahah. kelaut la kita.
Semoga dipermudahkan urusan jodohku. Aamiin.
Best tgk kengkawan yang dah ada anak dan suami. :-)
Okla bye. Nite.
No comments:
Post a Comment
Say 'Hi' pls. :)