Salam
Semalam aku guling2 atas katil sampai pukul 2 pagi sebab tak boleh lelap mata. Mungkin perasaan teruja tu belum hilang oleh kerana pertama kali dapat merasa buka puasa kat surau. Jauh surau aku pergi semalam, kat PJS 1. Kawan aku yang ajak pun, sebab dia dah dua hari berbuka kat situ dan makcik surau tu suruh datang lagi. Siap beritahu menu untuk semalam Buka Puasa dengan Nasi Ambeng dan Moreh dengan Laksa. Pakej lengkap kan. Sebenarnya surau ini kat sebelah dia ada Maahad Tahfiz. Sebab tu ada buka puasa hehari. Tak semua surau dan masjid ada sediakan jamuan berbuka puasa. Dekat Setia Alam ada sediakan jamuan berbuka puasa tapi aku selalu segan nak pergi sebab tak ada geng.
Semalam pun aku malu jugak dengan makcik-makcik kat situ, tapi act like a women! Beramah mesra, makan sopan-sopan, tapi yang tak boleh cover, nasi dalam pinggan selonggok hah menggunung. Adehhh! Pastu aku jenuh nak habiskan, tapi kalau sesape yang selalu berbuka dengan aku mesti faham, aku ni jenis makan banyak dan lambat. Yela, aku makan sekali je, itupun waktu berbuka, waktu bersahur selalunya aku dah tak selera nak makan nasi sebab kengkadang malas nak panaskan lauk (ada microwave pun malas lagi, aku tak boleh terima hakikat panaskan lauk dalam menatang tu, aku mesti nak panaskan atas kuali), akhirnya sahur aku amik pahala sunat, minum air beberapa teguk dan makan kurma. Nak pahala.
Semalam ada perkara kelakar, seriously aku tergelak2 je while driving on our way to Surau tu. Aku dari Setia Alam, amik member, Ana kat Seksyen 7, Shah Alam, lepas tu aku buat jahat, aku ajak Ana pergi Plaza Alam Sentral(PAS) dulu. Sebab awal lagi masa tu, baru pukul 530 petang. Hehe. Aku cakap kat Ana, jangan gitau Fara (kawan kami yang pelawa berbuka kat Surau PJS 1, dia memang duduk area situ, Kondo kat depan Surau tu) sebab aku rasa bersalah la janji nak datang kemain awal namun akhirnya kerana godaan Syaitan maka aku singgah PAS dulu nak cari kain untuk baju Melayu anak-anak buah. Bak kate orang kampung, aku ni suka drinking the water in pool while swimming. Haks.
Terus la menuju ke PAS, masuk-masuk terus straight pergi Nagoya, cari kain dan tanpa ku sedari, jam dah pukul 6.20 petang. Kelam kelibut kami rushing pergi carpark, dalam Lift aku menggagau nak tekan button level mana aku parking, lupa!. Tapi oleh kerana, kebiasaannya memang parking kat B1, so konfiden la tekan. Pada masa yang sama, Ana siap-siap dah keluarkan tiket parking konon nak bersiap sedia nak bayar parking. Huwawa.
Kami pun dengan gagahnya keluar lift, lalu menuju ke kereta dengan yakin sehinggalah bila dah parking sebelah kaunter tiket, Ana menggagau menyeluk segala jenis poket yang ada dalam beg tangan, termasuk poket seluar dan tak lupa purse dia, tak jumpa jugak tiket tu. Aku rileks lagi, sebab sebelum ini Ana pernah je tetiba kehilangan secara sementara kad Touch n Go dia. Masa tu aku memang tengah duduk dalam Tol tunggu dia cari je. Nasib baik dah pukul 12 lebih masa tu, malam tak ada orang lalu tol, aku pasang Emergency Signal siap2, supaya dorang tak masuk tol tu. Ada la dalam beberapa minit baru jumpa kad tu dalam beg dia, ke or terselit dalam casing handphone, aku tak ingat dah. Kali ini aku macam yakin la kad itu ada terselit kat memana partition dalam beg tangan dia. Okay, tapi lepas beberapa kali godek2 memang tak ada. So, aku pun u-turn balik kat kawasan parking, kawasan kami berjalan kaki dari lift ke parking, dan akhirnya aku parking sebelah pintu masuk ke lift, aku suruh dia masuk cari kat koridor luar lift dan dalam lift sekali. Tapi malangnya tiada.
Aku tanya, "Ana dah cari dalam lift tak?"
Ana jawab, "Ana dah tekan, tapi lift lambat sangat, so ana pergi la"
Aku jawab, "Kalau kita tunggu lift tu dalam situasi macam ni memang terasa lama. Haha"
Jadi, pengakhirannya, kami redha dengan kehilangan tiket itu lalu menuju ke kaunter tiket dan terpaksa membayar RM20 di atas kehilangan tiket.
Pukul 6.45 petang baru gerak dari PAS terus pergi PJ. Kelakar rasa sebab kononnya nak menipu Farah kata jalan jem, tapi padahnya tiket parking hilang. Sepanjang perjalanan aku gelak je, aku tak marah pun kat Ana, sebab aku rasa momen ni melucukan. Tak pernah2 dibuat orang tiket parking yang dipegang kat tangan boleh tercicior. Aduih.
Dalam 7.15 baru sampai surau. Nasib baik tak lambat, ada lagi 15 minit sebelum waktu berbuka.
Lepas buka, solat Maghrib, usai solat, sambung makan kuih, kemudian tolong mop lantai sikit sebab ada air tumpah, aku hampir tergelincir kot, lepastu makcik2 kat situ, semua pakat cakap, "Calon pilihan", "rajin anak dara ni"..
Adeh, awkward jadi eh...
Sambung dengan solat Isyak, Terawih 4 rakaat dan diselangi dengan tazkirah, mulanya kata 1/2 jam je, hamikkk habis tazkirah pukul 10.45 mlm kot. Pastu sambung 4 rakaat terawih + 3 Witir. Lepas solat makan moreh, dalam 1130 malam terus hantar Ana balik Seksyen 7 dulu.
12.15 malam sampai rumah. Sedih je rasa, polis buat roadblock kat Setia Alam, delay la 10 minit.
Sekian.
No comments:
Post a Comment
Say 'Hi' pls. :)