Monday, 14 July 2014

Senyum juga sedekah

Hi,

Perkara yang aku paling suka buat pepagi adalah dengan senyum dan tergelak. Sebab itu, sekarang bila merasa perjalanan ke tempat kerja selama 1 jam lebih (included slow traffic) pada waktu pagi, aku sempat la dengar radio lama sikit. Aku always tune to Fly FM. Dunno why, hati terhibur dengan Ben and Hafizzzzz! Breakfast Show!. (eh betul ke Breakfast Show?) Kenkadang dah tertukar dengan segmen pagi radio lain.

Paling favourite dengar slot Krappi Call...dong krappi dong dong...

Pepagi harini, aku sampai awal, semenjak bulan Ramadhan ni aku gerak p kerja pukul 6.50 pagi macam itu. Pukul 730 lebih aku da sampai parking. :) Masuk office aku selalunya akan online freestyle! (sementara tunggu 8.30 am)

Harini aku tengok tutorial cara menjahit Baju Melayu kekanak!.

Hajat raya tahun ni nak tengok anak-anak buah pakai baju melayu Maklang dia jahit. Dah offer diri dekat ibu dorang, siap dah amik measurement. My idea was to match baju melayu with pelikat pants. Harapnya menjadi la eh baju melayu aku tu nanti.

Rindu betul pada Irfaan (abang), rindu pada Irsyaad (baby - 3bulan) belum terasa sangat sebab dia tak pandai bercakap lagi. Hehe.

Lagi, bukan sahaja untuk anak buah, teringin jugak nak jahitkan baju untuk adik perempuan. Mulanya nak jahit untuk adik je, tapi kakak pun nak aku jahitkan jugak, so aku ni memang susah sikit nak menolak. :'( Sekarang aku yang stress sebab kena manage my time wisely, diantara terawikh, menjahit, makan dan tidur. Haha. Perghhhh hebat betul penangan Raya kali ini sebab first raya aku pandai menjahit.

Hutang yang kena dilangsaikan sekarang adalah:

1) Sarung tilam and bantal baby Kak Zu
2) Maxi Dress Aina
3) Sensory Box untuk Izz Raimi (anak Dr. Ezy)

Hutang pada diri sendiri:

1) Telekung
2) Baju Raya aku dan adik (Merah dull)
3) Baju Kenduri Akikah Ahmad Irsyaad (Aku, adik and Kakak) (Green Apple)

Setakat ini itu je kot.

Till then,
XoXo

No comments:

Post a Comment

Say 'Hi' pls. :)