Thursday, 21 August 2014

Compliment from my boss

Salam,

Morning all,

Pepagi ini aku dah rasa happy, mana tidaknya bila kena puji, i'll take it as a reward for my 2 years ++ experiences as a career woman. Ini company, aku baru kerja for like 3 months, still in probation period. Aku harap cepat la dapat confirmation. :) Hee

Nak tahu apa boss cakap?

"I'm so happy with your performances, but eventually you will have to work at site soon, do you have any classmate or friend, any recommendation?"

Aku senyum je, wakakaka. Yela, aku assume la yea, aku assume boss aku assume (errkk) yang my classmate also have this good performances. UKM's grad maa. Wakaka~ (sesekali nak puji Universiti sendiri).

Tapi, sejujurnya, bukan UKM je, aku bersyukur sebab pernah bekerja sebagai pekerja sambilan harian (PSH) kat Government. Banyak experience aku dapat, in other words, please do not say bad things to all gov's servant, because everyone have different way of attitude. Just remember, work fisabilillah. Kerja itu juga ibadah kan?

Aku harap, bila dah confirm nanti, gaji naik banyak la sikit. Haha. (boleh la, plssss) To whom am i begging for? cakap sensorang? Of course to Allah swt, because every rezeki comes from HIM.

I'm going to be posted out to Kluang, to serve for Kluang peoples, InsyaAllah in about 3 years, they will have a good enough water supply during kemarau. Thanks to the Government y'all!


Inna haza Larizkuna Ma Lahu Min Nafad.
(Surah Sad - Ayat 54)


Ikhlas,
Ifa Z

Alahai zaman kekanak

Salam,

Hari ni rasa macam nak tulis pasal boyfriend, hurmm. Aku masa tadika sampai sekolah rendah rapat sangat dengan lelaki, memang kawan aku semuanya lelaki. Mana tidaknya, bila nak keluar main je kat kampung tu, aku seorang je perempuan, yang lain semua lelaki. Kawan sekampung yang perempuan jenis suka duduk dalam rumah. Hehe. Memang itulah yang sepatutnya kanak-kanak perempuan buat kot. Apa yang aku selalu mainkan kat kampung dulu?

1) Aci baling kasut
2) Galah panjang
3) Teng teng
4) Konda kondi
5) Batu Seremban (ini selalu main dengan perempuan rasanya)
6) Rounders (peberet gua)
7) Rugbi (sekali-kala)..
8) etc...etc....

Best gila kan kampung aku dulu, kitorang selalu petang-petang, kumpul kat Surau pastu bila dah cukup ahli, start main Rounders. Perghhh pernah sekali aku jadi Pembaling bola tu, orang yang shoot tu tak sengaja shoot bola tu betul-betul kat perut aku, perhhhhhh senak gila habak ang.. Haha. Tapi tula, bayangkan la tenaga lelaki macam ne. ishhh rindu sangat zaman kekanak.

Bila dah habis UPSR, tamatlah riwayat zaman kejantanan. Dulu selalu juga orang panggil aku tom and jerry boy. Haha. Orang lain semua dah pakai tudung, aku masuk form 1 baru pakai tudung, itupun bila masuk sekolah agama.

Memula aku masuk form 1 kat sekolah harian je, tapi mak pak teringin nak anak dia masuk aliran agama. Aku meronta-ronta la tak mahu masuk sekolah asrama. :( Sampaikan aku berkurung dalam bilik, nangis-nangis sebab tak nak dihantar pergi Slim River. Namun akhirnya pasrah, kena pujuk-pujuk dengan Mak, aku pun akur. Masuk sekolah agama, aku culture shock kot, tetiba kena pakai tudung labuh habaq hang.

Daripada seorang yang sosial dengan lelaki, aku bertukar 100% menjadi perempuan yang pemalu, anti lelaki dan sebagainya. Susah la nak nampak aku cakap dengan lelaki masa zaman sekolah menengah. Dan aku juga ada prinsip untuk tidak sama sekali 'bercouple'. Its NO. Aku sedar, masa belajar ini tak perlu la nak bercinta bagai, belajar je dulu.

Sampai la PMR, result aku teruk, dapat 4As je, aku rasa dah give up nak bersekolah kat sini. Aku macam tak masuk dengan jiwa asrama penuh tu, dari form 1 lagi, result aku selalu corot. Huhu. Bila result PMR teruk, aku cakap la dengan parents, nak tukar sekolah. Tapi parents suruh sekolah lagi kat sini. Aku pun pasrah.

Bila dah mengharungi form 4 kat sini, result aku pun masih teruk. Bayangkanlah, add maths aku dapat 4 markah je kengkadang. Haha.

Tapi bila akhir tahun form 4, aku beritahu parents aku nak pindah sekolah, dorang terus setuju. Hehe. Mungkin sebab tak nak tengok masa depan aku musnah, nanti tak dapat masuk ipta. mungkin...mungkin... hehe

Akhirnya, aku pindah balik ke sekolah lama aku. Feeling so gooooooddd.... Pergi, balik sekolah mak amik. Makan lunch, dinner kat rumah. :) Bestnya, heavenly heaven. Akhirnya dapat results SPM, layak masuk matrikulasi.

Sampai di matrikulasi, sama juga tak boleh cope dengan study culture yang laju. Tapi aku ni jenis relaxxxx, alaa asalkan habis blaja kat matrik sudah la...sampailah grad matrik, result aku cam ayam, haha. Sejak masuk sekolah Harian masa form 4 dan masuk matrikulasi, aku jadilah tak pemalu sangat dah, boleh la bergaul dengan lelaki. Aku selalu merenung, termenung...akan diriku yang tiada boyfriend. Sampai la 2nd half di matrikulasi aku jumpa dengan Boyfriend ni.

Rezeki....dapat masuk UKM, dan masih bercinta dengan boyfriend yang aku jumpa di matriks ni... Masih dengan dia, sehinggalah grad, sempat diputuskan dengan dia sekali....dan akhirnya kali kedua ditinggalkan masa aku dah bekerja, (tahun pertama)... Tamat.

Sehingga kini masih tiada lagi kisah cinta...dan terus akan tetap tiada melainkan kisah cinta dengan Suami nanti.(belum ada calon pun). Muda lagi what.. Uh rindu zaman kekanak, main petang-petang, macam ala-ala beriadah la kan konon...

Ok, tata.


Monday, 18 August 2014

Mimpi Arwah Nenek

Salam,

Semalam ku mimpikan arwah nenek ku. Sayu hati bila terjaga dalam mimpi. Mimpi tu, nenek aku hidup kembali. Ishhh. Adakah sekarang nenek aku sedang mengharapkan doa dari kami yang masih hidup.

Think positive.

Al-fatihah untuk Arwah nenekku. Allahuma firlahu warhamhu waafihi wa’fu ’anhu.

p/s: aku selalu mimpi pelik-pelik sebelum bgn pagi. dan pulak aku paling tak syiok bila terjaga beberapa minit sebelum alarm berbunyikkk.. haha. tensi.

Sunday, 17 August 2014

Mimpi kamu

Mimpi kamu, tapi kenapa mesti kamu!

Adakah dengan bermimpikan kamu itu membawa makna kamu sedang merinduiku?

Ataupun aku yang sedang merinduimu, walaupun zahirku menidakkan?

Ahhh, mungkinkah ini hanya mainan mimpi, godaan syaitan yang melemahkanku?

Aku percaya, suatu hari nanti, kesabaranku ini berbaloi.

Perasaan ini milik Allah swt, pinjaman semata, syukurlah masih diberikan peluang untuk merindu.

Biarlah hanya Engkau yang memahami rinduku yang tersimpan ini.

Biarlah bertahun lamanya....kerna ku yakin ku adaMu Tuhan..

(eh itu da macam lagu Najwa latif - line akhir tu..hehe)

p/s: syiok plak ada apps blogger ni kat phone. :-) bila2 masa nak update pon boleh.

Kursus dan ujian

Hello,

Fuhhhh, gila rasanya sekali lagi kena menghadapi exam. Last time was exam for SPA - Pegawai Belia dan Sukan. Berapa hari berturut2 aku minum kopi expresso, gila habaq hang. Aku tak suka minum kopi, tapi sebab nak make sure malam aku boleh stay back... Aku tak boleh cope dengan kehidupan bekerjaya di siang hari, memalam kena study, tak mampu, mata beratttt...syaiton gayut start dari pukul 9 lebih..

Gua respek dengan segelintir orang yang boleh kerja full timer, tapi buat PJJ.

Mungkin sebenarnye kalau keadaan mendesak, kita memang boleh buat. Kalau azam tu kuat, insyaallah, dipermudahkan semuanya. Ok, berbalik kat kisah exam SPA aku tadi, alhamdulillah lulus. Aku failed part interview la......tak ada rezeki...over confident..

Esok aku ada kursus kat KL, harga kursus ni sahaja rm3k seorang selama 5 hari, dan kemudian hari terakhir tu aku kena tempuh exam. Tak lulus? re-seat paper rm500. Mana tak cuak mak, kalau di buatnya kena potong gaji aku, kena bayar 5rat camno agak eh...

Sebab tu tak boleh main-main, sijil ini nanti laku kat mane-mane. Kalau ada org offer gaji lagi tinggi sebab cert ni...memang aku hamikkk.. haha. Tapi tgk gak keadaan. Orang kerja private mmg susah nak tgk yg sgt setia dgn company tu melainkan company tu memang offer benefit yang sangat berbaloi.

Actually, aku tak terfikir pun nak kerja sampai tua makan gaji, aku nak berniaga. Hurmmm..semoga dipermudahkan.

okayla, got to go!

nite.

Wednesday, 13 August 2014

Baju Melayu dan Seluar Pelikat untuk Anak Buah

Salam,

Tadaaa, ni la dia baju melayu yang aku jahit untuk anak-anak buah aku. Sorry tak ada poket, maklang dah  tak larat tahu, lepas cuti raya je terus jatuh sakit, (tak jatuh sangat la), kena selsema, batuk dan sakit tekak.

Ok, bye.



Wednesday, 6 August 2014

Raya 2014

Salam Aidilfitri,

Raya ni aku rasa tenang sangat, sebab cuti pun 1 minggu. Tak perlu fikir apa-apa, just bercuti. Tapi yang tak bestnya bila aku sakit pulak masa cuti raya, memula sakit tekak, lepastu selsema, sekarang batuk. Selsema tu rasanya boleh tahan lagi, tapi tang batuk tu perghhh letih rasanya. Batuk banyak guna tenaga la...tang perut pun ikut sakit.

Aku tahu kenapa aku jatuh sakit,

1) Kurang minum air masak
2) Menjahit
3) Menjahit
4) Menjahit
5) Menjahit

Hohoho. Raya yang paling meletihkan sebab menjahit je keje aku. Mana taknya, aku asyik tak larat je nak menjahit waktu malam masa bulan Ramadhan. Mata ni berat sangat, nak nak kalau balik Terawih pun dah pukul 10.30 - 11 malam. Aku ni memang 'last-minute' punya orang.

Malam raya pertama aku siapkan baju raya Adik (kurung moden) dan jahit jubah aku. Malam raya kedua, siapkan baju kurung moden kakak (Maroon), Raya ketiga, keempat, rileks sikit, just potong-potong kain dan jahit baju Melayu dan seluar pelikat untuk kedua anak buah (Ahmad Irfaan dan Ahmad Irsyaad). Raya kelima, aku dah start jahit baju kakak lagi (Hijau Epal), tapi dalam masa yang sama kena tolong parents, sebab hari Sabtu (Raya ke-6) tu nak buat Majlis Akikah untuk anak buah kedua (Ahmad Irsyaad). Perghhhh multitasking betul, nasib la mak tak bising, aku asyik menghadap mesin jahit. Nasib jugak, kakak aku dah balik hari Jumaat tu, tolong kupas kulit bawang dan banyak lagi. Kakak aku tu, semua dia boleh uruskan, biasalah anak sulung.

Dalam pada menjahit baju kurung moden kakak, sempat diselang selikan dengan menjahit baju kebaya kimono aku dan adik (hijau epal juga, tp more striking and shining, guna kain satin). Alhamdulillah siap la baju kurung kakak dan kebaya kami, tapi yang paling tak sempat, nak buat kain selisih (guna kain batik), kononnya nak matching kan dengan kebaya itu. Dah given up, tak boleh nak kejar lagi, so kami pun pakai kebaya dengan jeans. :) Raya Rock n Roll!

Alhamdulillah, raya kami tahun ini mulanya hambar sebab ada tiga beradik bujang je. Yang kakak abang balik rumah mertua. Tapi akhirnya ceria bila dorang balik untuk Majlis Akikah tu, terubat rasa rindu pada Irfaan. :) Dengan aksi-aksi lakonan Ultraman dia. Haha. Tak kering gusi kami gelak.

Syukur kerana masih diberikan peluang untuk bersama keluarga.

Chao.
Ifa Z