Salam,
Hari ni rasa macam nak tulis pasal boyfriend, hurmm. Aku masa tadika sampai sekolah rendah rapat sangat dengan lelaki, memang kawan aku semuanya lelaki. Mana tidaknya, bila nak keluar main je kat kampung tu, aku seorang je perempuan, yang lain semua lelaki. Kawan sekampung yang perempuan jenis suka duduk dalam rumah. Hehe. Memang itulah yang sepatutnya kanak-kanak perempuan buat kot. Apa yang aku selalu mainkan kat kampung dulu?
1) Aci baling kasut
2) Galah panjang
3) Teng teng
4) Konda kondi
5) Batu Seremban (ini selalu main dengan perempuan rasanya)
6) Rounders (peberet gua)
7) Rugbi (sekali-kala)..
8) etc...etc....
Best gila kan kampung aku dulu, kitorang selalu petang-petang, kumpul kat Surau pastu bila dah cukup ahli, start main Rounders. Perghhh pernah sekali aku jadi Pembaling bola tu, orang yang shoot tu tak sengaja shoot bola tu betul-betul kat perut aku, perhhhhhh senak gila habak ang.. Haha. Tapi tula, bayangkan la tenaga lelaki macam ne. ishhh rindu sangat zaman kekanak.
Bila dah habis UPSR, tamatlah riwayat zaman kejantanan. Dulu selalu juga orang panggil aku tom and jerry boy. Haha. Orang lain semua dah pakai tudung, aku masuk form 1 baru pakai tudung, itupun bila masuk sekolah agama.
Memula aku masuk form 1 kat sekolah harian je, tapi mak pak teringin nak anak dia masuk aliran agama. Aku meronta-ronta la tak mahu masuk sekolah asrama. :( Sampaikan aku berkurung dalam bilik, nangis-nangis sebab tak nak dihantar pergi Slim River. Namun akhirnya pasrah, kena pujuk-pujuk dengan Mak, aku pun akur. Masuk sekolah agama, aku culture shock kot, tetiba kena pakai tudung labuh habaq hang.
Daripada seorang yang sosial dengan lelaki, aku bertukar 100% menjadi perempuan yang pemalu, anti lelaki dan sebagainya. Susah la nak nampak aku cakap dengan lelaki masa zaman sekolah menengah. Dan aku juga ada prinsip untuk tidak sama sekali 'bercouple'. Its NO. Aku sedar, masa belajar ini tak perlu la nak bercinta bagai, belajar je dulu.
Sampai la PMR, result aku teruk, dapat 4As je, aku rasa dah give up nak bersekolah kat sini. Aku macam tak masuk dengan jiwa asrama penuh tu, dari form 1 lagi, result aku selalu corot. Huhu. Bila result PMR teruk, aku cakap la dengan parents, nak tukar sekolah. Tapi parents suruh sekolah lagi kat sini. Aku pun pasrah.
Bila dah mengharungi form 4 kat sini, result aku pun masih teruk. Bayangkanlah, add maths aku dapat 4 markah je kengkadang. Haha.
Tapi bila akhir tahun form 4, aku beritahu parents aku nak pindah sekolah, dorang terus setuju. Hehe. Mungkin sebab tak nak tengok masa depan aku musnah, nanti tak dapat masuk ipta. mungkin...mungkin... hehe
Akhirnya, aku pindah balik ke sekolah lama aku. Feeling so gooooooddd.... Pergi, balik sekolah mak amik. Makan lunch, dinner kat rumah. :) Bestnya, heavenly heaven. Akhirnya dapat results SPM, layak masuk matrikulasi.
Sampai di matrikulasi, sama juga tak boleh cope dengan study culture yang laju. Tapi aku ni jenis relaxxxx, alaa asalkan habis blaja kat matrik sudah la...sampailah grad matrik, result aku cam ayam, haha. Sejak masuk sekolah Harian masa form 4 dan masuk matrikulasi, aku jadilah tak pemalu sangat dah, boleh la bergaul dengan lelaki. Aku selalu merenung, termenung...akan diriku yang tiada boyfriend. Sampai la 2nd half di matrikulasi aku jumpa dengan Boyfriend ni.
Rezeki....dapat masuk UKM, dan masih bercinta dengan boyfriend yang aku jumpa di matriks ni... Masih dengan dia, sehinggalah grad, sempat diputuskan dengan dia sekali....dan akhirnya kali kedua ditinggalkan masa aku dah bekerja, (tahun pertama)... Tamat.
Sehingga kini masih tiada lagi kisah cinta...dan terus akan tetap tiada melainkan kisah cinta dengan Suami nanti.(belum ada calon pun). Muda lagi what.. Uh rindu zaman kekanak, main petang-petang, macam ala-ala beriadah la kan konon...
Ok, tata.
No comments:
Post a Comment
Say 'Hi' pls. :)