Salam Aidilfitri,
Raya ni aku rasa tenang sangat, sebab cuti pun 1 minggu. Tak perlu fikir apa-apa, just bercuti. Tapi yang tak bestnya bila aku sakit pulak masa cuti raya, memula sakit tekak, lepastu selsema, sekarang batuk. Selsema tu rasanya boleh tahan lagi, tapi tang batuk tu perghhh letih rasanya. Batuk banyak guna tenaga la...tang perut pun ikut sakit.
Aku tahu kenapa aku jatuh sakit,
1) Kurang minum air masak
2) Menjahit
3) Menjahit
4) Menjahit
5) Menjahit
Hohoho. Raya yang paling meletihkan sebab menjahit je keje aku. Mana taknya, aku asyik tak larat je nak menjahit waktu malam masa bulan Ramadhan. Mata ni berat sangat, nak nak kalau balik Terawih pun dah pukul 10.30 - 11 malam. Aku ni memang 'last-minute' punya orang.
Malam raya pertama aku siapkan baju raya Adik (kurung moden) dan jahit jubah aku. Malam raya kedua, siapkan baju kurung moden kakak (Maroon), Raya ketiga, keempat, rileks sikit, just potong-potong kain dan jahit baju Melayu dan seluar pelikat untuk kedua anak buah (Ahmad Irfaan dan Ahmad Irsyaad). Raya kelima, aku dah start jahit baju kakak lagi (Hijau Epal), tapi dalam masa yang sama kena tolong parents, sebab hari Sabtu (Raya ke-6) tu nak buat Majlis Akikah untuk anak buah kedua (Ahmad Irsyaad). Perghhhh multitasking betul, nasib la mak tak bising, aku asyik menghadap mesin jahit. Nasib jugak, kakak aku dah balik hari Jumaat tu, tolong kupas kulit bawang dan banyak lagi. Kakak aku tu, semua dia boleh uruskan, biasalah anak sulung.
Dalam pada menjahit baju kurung moden kakak, sempat diselang selikan dengan menjahit baju kebaya kimono aku dan adik (hijau epal juga, tp more striking and shining, guna kain satin). Alhamdulillah siap la baju kurung kakak dan kebaya kami, tapi yang paling tak sempat, nak buat kain selisih (guna kain batik), kononnya nak matching kan dengan kebaya itu. Dah given up, tak boleh nak kejar lagi, so kami pun pakai kebaya dengan jeans. :) Raya Rock n Roll!
Alhamdulillah, raya kami tahun ini mulanya hambar sebab ada tiga beradik bujang je. Yang kakak abang balik rumah mertua. Tapi akhirnya ceria bila dorang balik untuk Majlis Akikah tu, terubat rasa rindu pada Irfaan. :) Dengan aksi-aksi lakonan Ultraman dia. Haha. Tak kering gusi kami gelak.
Syukur kerana masih diberikan peluang untuk bersama keluarga.
Chao.
Ifa Z
No comments:
Post a Comment
Say 'Hi' pls. :)