Assalaamualaikum wbt.
Aku rasa senarai semak(checklist) ini memang penting. Nah aku kongsikan untuk kegunaan bakal-bakal pengantin. Terima kasih banyak-banyak dekat Aini sebab kongsikan checklist ini.
Satu je aku nak ingatkan, borang nikah hanya boleh dihantar ke Pejabat Agama 3 bulan sebelum majlis. So kalau anda lelaki, berkahwin dengan perempuan daripada luar daerah atau negeri lain, silalah kemukakan borang tersebut secepat yang mungkin untuk diproses dan barulah kemudian dapat Surat Kebenaran Bernikah.
Surat Kebenaran tu nanti akan dihantar bersekali dengan borang nikah daripada pihak Perempuan.
Surat Kebenaran lelaki ambil masa 10 hari untuk diproses. Manakala kalau borang daripada pihak Perempuan jika telah lengkap maka mengambil masa 3 hari untuk diproses, boleh ambil semula dan hantar ke Imam Masjid Qariah kita. (Imam nak gambar bakal pengantin perempuan bertudung dan lelaki bersongkok dua keping seorang - Melaka)
Ok contoh di atas untuk Lelaki daripada Terengganu manakala Perempuan di Melaka.
Lagi satu nak diingatkan, silalah tempah kad kahwin anda lebih awal, tak perlu tunggu settle borang nikah. Sebabnya, proses tempahan kad kahwin ambil masa sebulan atau kurang untuk siap. Nak jimat, boleh buat DIY kad kahwin dengan craft paper.
Itu sahaja setakat ini.
Ikhlas,
Bakal Pengantin
No comments:
Post a Comment
Say 'Hi' pls. :)