Okay berikut adalah tips penting sebelum menempah kad kahwin:
- Mulakan pencarian kedai printing kad kahwin 2 bulan sebelum majlis (tempahan kad kahwin berwarna mengambil masa sebulan untuk disiapkan - design, editing, printing)
- Kalau nak jimat boleh buat kad kahwin sekeping poskad saiz 4'x8' tetapi untuk dua belah pihak sekaligus (macam aku)
- Untuk tips no. 2, kena pergi kedai, kalau online memang dorang tak ada buat dua belah pihak satu poskad saiz 4'x8'. (ikut research aku kat beberapa package online shop)
- Pilih design yang mempunyai background yang cerah
- Tulisan yang jelas
- Semak ejaan dengan betul bila kedai dah siap design (macam aku memula cek nama dah salah eja, mahu tak mangamuk.) lastly, bila dah cetak, baru perasan salah eja TERANGGANU plak!! Hadoi, redha jela. Kita pun sendiri terlepas pandang. Tak boleh nak salahkan kedai.
Setakat ni, itu je kot.
P/s: kad kahwin aku siap dalam masa lebih kurang 2 minggu. Bagus kan kedai tu. Thumbs up!
Ikhlas,
Bakal Pengantin
No comments:
Post a Comment
Say 'Hi' pls. :)