Tuesday, 21 January 2014

Resipi Nasi Ayam Sedap




Salam,

Bahan-bahan yang kena ada sebelum buka api dapur, dan senang nak rujuk bila berada di Tesco, Giant mahupun NSK! Ahaks

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam
Halia
Bawang Putih dan Bawang Merah
Sos Tiram
Kicap Cair
Kicap Manis
Madu
Minyak Bijan
Minyak masak
Mentega
Daun pandan
Daun Bay
Susu Full cream
Serbuk Ayam
Garam Gula
Rempah (Bunga Lawang, Buah Pelaga, Kulit Kayu Manis)
Daun sup
Daun bawang 
Bawang Goreng
Cili merah (kecil)
Limau kasturi
Jeruk kobis

Mula-mula sekali, AYAM!

Perap ayam dengan bahan yang dikisar (Halia, Bawang Putih dan Merah) selama 30 Minit!
Note: tinggalkan sikit bahan kisar ini untuk masak nasi

Selepas 30 Minit:

Rebus ayam tadi sehingga separuh masak.
Note: Air Rebusan jangan buang, guna untuk masak nasi nanti

Perap lagi dengan hasil campuran ini. (Sos tiram, Kicap Cair, Kicap Manis, Madu, Minyak Bijan)
Selama 1 jam. Note: kicap manis jangan banyak sangat, nanti hitam sangat ayam tu

Selepas 1 jam:

Goreng ayam tadi (deep fry)!  Note: Jangan potong ayam tu, goreng dulu, baru potong bila nak hidang



Kedua, NASI AYAM!

Masak atas kuali bahan di bawah:

Mentega, Bahan Kisar (Bawang Merah, Putih, Halia), 2 helai pandan, 1 helai daun bay, susu full cream, serbuk ayam, garam, gula, dan Rempah (Bunga Lawang, Buah Pelaga, Kulit Kayu Manis), Air rebusan ayam

Dah mendidih bahan kat atas ni, boleh la masuk dalam rice cooker dan adjust ikut berapa banyak beras nak masak. Note: Guna beras wangi tau. hihi

Untuk hidang: Atas nasi tabur, daun sup, daun bawang dan bawang goreng.




Ketiga, SAMBAL CILI!

5 biji cili merah (kecil)
5 atau lebih biji cili merah (besar)
5 ulas bawang putih
2 cm halia

Kisar semua bahan kat atas ni, dan masak dalam kuali bersama air rebusan ayam, tambah sikit garam gula secukup rasa, dan perahkan sedikit limau kasturi. (atau cuka)

Keempat, KUAH KICAP!

Hasil lebihan perapan ayam tadi, jangan buang! Masak atas api, tadaaaaa, dah siap!.



Kelima, SUP!

Rebus air, masukkan jeruk kobis, garam, serbuk ayam, daun bawang, dan bawang putih goreng (boleh jugak nak masuk tulang-tulang ayam yang mana tak di goreng, contoh leher, kaki)





Ni buah honeydew, hehe. 


Dah siap!!!! Resipi ini pun hasil google. Copyright siapa tak pasti, yang penting CUBA! Perghhh terus ajak mak buka kedai Nasi Ayam. Haha.

"Nanti Abah dah pencen, nak buka kedai nasi ayam tak?" hehe


Thanks


No comments:

Post a Comment

Say 'Hi' pls. :)