Tuesday, 14 January 2014

VMY2014: Sabah

Assalammualaikum, Morningggg...

Haha. Gelakkan diri sendiri, i am broke!!

Bayangkanlahh dalam satu bulan ko pergi melancong dua kali, dengan gaji yang tak seberapa. I wonder, betapa panjangnya langkahku kalau aku dikurniakan rezeki yang lebih banyak. Tapi orang kata, kalau duit banyak, tapi masa pulak tak banyak, Allah swt maha adil. Sekarang aku ada banyak masa, cumanya kena spend wisely. Alhamdulillah.

Here we go!

Tarikh: 8-11 Jan 2014 (Very short trip dan agak rushing! uhh)

Flight pukul 12.45 pm, kami sampai di KKIA(Terminal 2) pada pukul 4.00 petang. Masa tu kereta sewa dah pun menunggu. Terus drive pergi Kundasang (2jam lebih). Kami sebenarnya betul2 gerak ke Kundasang, pukul 530pm. Hehe. sebab singgah petrol pump, tapauuu nasik, beli mcD, buang air, solat. Sampai ke Lodge pada pukul 8.00 pm, hujan masa tu, dah la, pukul 6 pun dah gelap, dengan jalan yang bukit bukau, kereta pun auto, uhhhh sabar je la. Hehe. Tapi tak tahu la kalau naik manual boleh laju lagi ke tak.. Asyik merungut sepanjang jalan, apesal slowww sangat kereta ini. Haha. Sampai je lodge, perghhhh sejuk gila tak ingat, mandi ala kadar. Haha.

Mount of Kinabalu. Ini view daripada lodge kami. Sonny village lodge, Tinompok, Kundasang.
Aku bangun pukul 5.45 am, walaupun tak boleh solat, tapi member boleh solat, so kejut dia, terus aku buka pintu dekat balkoni, dengan harapan nak tengok view gunung sampai la terang benderang. Haha. Sekali aku buka pintu, terkejut, serammm pun ada, pengecut punya orang. Aku tunggu member habis solat baru aku tengok dengan dia sama-sama. Haha
Ada balcony, where you can see nice view, ! Its even colder than your air conditioning at home. Grrrrrrr... gigil. Malam dan pagi subuh je la, siang dah tak sejuk sangat.

One night to remember..


9 Jan - Kami menuju ke Poring Hot Spring. 45 km daripada Sonny Village Lodge. Kami da check out siap-siap. Gerak dalam pukul 9.30 am. Sampai sini pukul 10 lebihhhh. Uhh sepatutnya gerak lebih awal! huu. First timer, tak disiplin!.. Dalam Poring ni kalau panjang lagi langkah boleh jalan dekat canopy walk, dan pergi jauh lagi sampai air terjun.. (Aku tak berkesempatan. :()

Masuk je, terus aku mandi kat sini, sini air sejuk. Hehe Orang datang sini cari air panas, tapi aku mandi air sejuk. Sbb dah lama tak berenang.

Kat sini lain pesen, satu bahagian ada 4partition, kau adjust sendiri tahap kepanasan air yang kau suka. Kalau satu family datang boleh amik keempat-empat partition ikut suka! Kami guna satu je la, bukak air, bagi penuh, pastu berendam.

Oleh kerana susah nak dapat Fish Spa yang murah, jadi kami teruskan perjalanan lagi ke Kg. Luanti. Kat sini ada ikan besar gila habaq hang. Nervous masa mula-mula nak masuk kaki, di tambah dengan sound effect daripada pakcik kat sebelah yang jerit-jerit. Ehhhh propa sangat. Padahal biasa je. Haha. Just first timer macam aku rasa ngilu bila dia gigit tu. Haha. Gigit daki...

Abang ni selamba je bagi makan guna tangan. Nak buang daki kat tangan kot.

Ikan dia bagakkkkk, memang seram.

Balik dari Kg. Tagal Luanti, kami singgah Sabah Tea punya kilang, ladang.

Dalam ini ada tempat makan, nampak sedap, tapi kami tak cuba, hanya minum teh tarik sabah tea je, Haha.

On the way balik ke Kota Kinabalu, kami singgah Desa Cattle, kat sini ada lembu-lembu mooooooo, yang macam dekat New Zealand. Sihat-sihat semua lembu sini, ada padang ragut yang sangat luas. Sejuk jugak. 


Boleh rasa gelato yang memang buat daripada susu fresh baru perah daripada nenen lembu. Ahakss, terasa keLEMBUan susu itu. Just try it! Sedap... Drive sambil member suap. Haha.

Susu ini pun jangan lupa rasa. Haha. Tengok kat shopping complex di Semenanjung macam tak ada, mungkin kat Sabah je la kot yang hado.

Next, kami singgah Kinabalu Park, tak tahu ada apa dalam ni, kami masuk, singgah buang air, solat, tangkap gambar, then balik.

Untuk mereka yang yang hiking gunung kot datang sini.

Yahooooo, 10 Jan, kami dah berada di Kota Kinabalu, bangun pagi-pagi dan terus jalan kaki pergi Jesselton Point nak pergi Pulau.

Alhamdulillah dapat snorkelling dekat 3 Pulau, Pulau Sapi, Manukan dan Mamutik.


Serius, kalau ikut cakap aku, lepas ni jangan la pergi Pulau Manukan ini, sebab tempat snorkelling dia tak berapa best. Sapi dan Mamutik memang best.


Yeahhh! Berjaya spot ikan nemo! 


10 Jan, petang tu kami jalan kaki ke Pasar Ikan Masin. Ini gerai manyak mulahhh, sila datang. Aku beli ikan kering lumi (rangup), dengan harga sekilo RM30. Paling murah la yang aku dapat bila ronda semua kedai.

Suasana luar Pasar Kraftangan. Banyak pakcik tunggu orang datang untuk alter seluar atau apa-apa sahaja.

Cantik!


11 Jan- Pagi, kami sempat berjalan lagi sekali ke Pasar-pasar kat atas ni, then pukul 1230 noon, kami bergerak ke KKIA (Terminal 2) by Taxi. RM30. Kalau ikut research aku, sepatutnya ada bus ke Terminal 2, tapi tak tahu kenapa, bila tanya semua orang, dorang kata bus tu dah tak wujud. Huuuu.
Sekian, trip yang so-so..... Hehe. Mungkin kau punya trip lagi best bha!..

Alhamdulillah.... (sedih sebab tak sempat singgah rumah terbalik tu) :(


No comments:

Post a Comment

Say 'Hi' pls. :)