Friday, 18 September 2015

I got another 'Mak'

Salam,


Semalam aku bermalam dekat rumah member di Felda kat sini. Aku kalau pergi mana2 tempat pun dalam Malaysia ni mesti akan ada satu kesempatan aku isikan dengan bercampur dengan orang-orang kawasan itu.

Banyak pengalaman boleh dapat sebab setiap kampung, kejiranan, daerah, negeri atau bangsa memang ada keistimewaannya sendiri.

Dan untuk semalam aku bermalam dirumahnya member sebab nak meramaikan jemaah untuk bacaan Yassin dan Tahlil untuk arwah ayah member.

Aku tak tolong banyak pon, mana taknya, aku hanya dapat kerumah untuk rewang selepas pukul 5 petang, habis kerja.

Bila sesampai je pun semua orang dah siap-siap laaaaa. Tinggal membungkus-bungkus je untuk 'berkat' dan untuk ahli-ahli rewang atau jiran terdekat.

Habis tu plak, tetiba pukul 6 camtu, makcik (mak member) suruh makan nasi. Aku pon join la. Dengan tak semena-mena orang yang baru datang ni terus makan, dengan tiada perasaan malu, haha. Well, hopefully Makcik-makcik tak kesah dan sentiasa sporting.

Sehinggalah majlis bacaan yassin dan tahlil. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Lepas majlis terus basuh pinggan, bekas-bekas dan sebagainya. Itu je la yang mampu untuk ditolong. Huk2..

Selesai.......solat isyak dan beradu.

Esok paginya, dah siap semua...dalam pukul 7 lebih aku keluar ke dapur.

Makcik dengan konfidennya terus menyapa.... 'Nanti mak bungkuskan makanannya ye untuk makan kat office'...

Aku was like...'Mak?'

'Mak?'....

And again...perkataan 'Mak' itu diucapkan daripada mulut Makcik sendiri.....

Terharu.... huhuhuhuhuh....

Oh mungkin itu je la kot, adakah aku dapat 'Mak' lagi?? hehe

Thanks Allah swt, 'Mak' and Family.


-ZAZ-

Wednesday, 3 June 2015

Bercakap belakang

Hi dan Salam,

Sekarang ni memang semua benda pun versi moden, sampaikan 'bergosip' atau 'cakap belakang' pun guna Laman Sosial.

Aku dah pernah bercakap pasal benda ni dengan kawan2, aku tak berapa gemar dengan orang yang suka memaki hamun, melepaskan amarah atau bercakap seolah2 memberi isyarat 'siapa makan cili dia terasa' di dalam status di Laman Sosial miliknya.

Daripada mengeluarkan kata-kata yang tak berapa nak positif itu, baiklah kamu tegur secara empat mata. Kalau tiada kekuatan, kamu boleh berdoa untuknya semasa tengah duduk di sejadah.

Dalam Islam ada sebut, tegurlah dengan lisan..............sampailah hujung sekali kalau kedegaq, doakanlah untuknya.

Itu sahaja. Cara Islam bukan begitu, tulis status, bash orang, maki orang, upload gambar orang bila tak puas hati, dan etc.

Ikhlas dari saya.
Saya bukan sempurna juga, tapi hanya Hamba Allah yang serba kekurangan.
Mari sama-sama kita menjaga aib sesama kita, kadang-kadang bila orang cakap kita baik, tapi sebenarnya Allah swt tutub aib kita. Bersyukurlah untuk itu.

Monday, 20 April 2015

Resipi Somtam

Salam,

Tetiba teringin nak makan somtam yang dibuat sendiri.

Ini bahan-bahannya:

Betik Muda (sagat)
Lobak merah (sagat)
Kacang panjang (sagat)
Mangga muda (sagat)
Bawang merah (hiris)
Bawang putih (tumbuk kasar)
Cili api (tumbuk - adjust ikut tahap kepedasan yang diingini)
Udang kering (tumbuk kasar) - adjust sendiri
Kacang tanah (tumbuk kasar) - adjust sendiri
Limau nipis (Perah, adjust sendiri nak masam or kurang masam)
Sos ikan (adjust ikut nak masin ke kurang masin)

Kalau kat kedai dia hidang sekali dengan kangkung segar, kira petik2 sendiri dan masukkan dalam somtam kita. 


Memang senang, serius senang. Sekejap je dah siap. Kali pertama buat tersagat la jugak ibu jari, berdarah sudah. Kali kedua aku bungkus ibu jari siap2. Tengok la nanti kalau groupon ada promo grater yang senang sikit nak guna boleh beli.


ok, adios.

Tuesday, 7 April 2015

Terus Mencintaimu

Salam,

Layan betul dengan lagu ni. Penyanyi Wanns Ahmad.
Ini sedutan lirik dia sikit, nak full kena tekan link kat bawah tu. Suara dia macam Akim Ahmad sikit la..tak ke? Adik beradik ke? hehe

Biarkan lah ku terus mencintai kamu
Mencinta seperti waktu dulu
Kurindu saat kita bersama
Mengikat kasih bahagia

Ku mahu kau tahu kau selalu di hatiku
Tak mungkin ku kan ada yang baru
Ku mahu engkau selalu tahu
Dirimu cinta matiku

Korus
Biarkan lah saja ku terus merindu
Merindu dirimu
Biarkan lah saja aku menyimpan kasih kepadamu

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2015/01/lirik-lagu-terus-mencintaimu-wanns-ahmad.html#ixzz3Waqedqam



Wassalam.

Monday, 6 April 2015

Rindu betul anak buah

Salam,

Sabtu semalam aku balik Tampin, semata-mata nak melihat anak buah-buahan. Walaupun macam baru sebulan dua tak jumpa tapi dah rasa rindu yang amat mendalam. Ahaks Yang sulung, Ahmad Irfaan umurnya baru 4 tahun tapi woooww I am so impressed, Irfaan da hafal Surah Al-fatihah walaupun sebutan tak berapa nak betul. But still....woow....ternganga la sekejap Maklang awak ni.

Si adik pula, Ahmad Irsyaad dah cukup 1 tahun, wooww jugak, gigi dah 4 batang, jalan pun dah stabil. Sekejap je masa berlalu naik bullet train agak eh, 500km/h. Tak sabar pula rasa nak tunggu Irsyaad boleh bercakap. Sekarang pun macam nampak dah banyak mulut tu macam abang dia.

Sabtu tu aku sampai rumah dalam pukul 9 lebih malam.

Ahad tu, kami pergi main bowling. Awalnya memang nak pergi Bowling kat MITC tapi sebab ada event masa tu, so kami pergi yang kat Mahkota Parade, Ampang Bowling. Kalau nak dibuatkan perbandingan, memang yang dekat MITC jauh lebih best. Dekat pun dekat.

Malangnya Abah tak dapat join, sebab kakak sulong aku tetiba muntah-muntah teruk, kasihan kat dia, so hantar la dia balik Tampin. Kalau tidak, kakak sulong nak balik rumah Mentua dekat Tehel. Tapi dia terpaksa berhenti tepi jalan dan muntah sampai tak ada tenaga. Pregnant kah kamu? Haha.

Ahad tu kami lunch Masak Lemak Siput Sedut Sulor Keladi. Layaaaaaaannnn. Aku la tukang mengangkut sulor keladi naik tren dari Kluang. hehe.

Aku balik Kluang semula pukul 1 pagi (Isnin). Alhamdulillah, dapat jumpa anak buah kesayangan.

Abang Ahmad Irfaan, Adik Ahmad Irsyaad

Wassalam.

Wednesday, 18 March 2015

Rupa Sulor Keladi

Sulor keladi.
Salam,

Inilah dia rupa sulor keladi yang aku pertama kali tengok dekat Kluang ni. Sebelum ini memang tak pernah dengar dan makan. Melainkan batang keladi, itu memang selalu sangat dan tahu la pokok keladi macam mana. Sulor dia aku tak pernah perasan.

Aku beli seikat rm5, dekat pakcik Guard dekat Taman sini.

Memula sekali (first time) aku beli dapat akar dia yang warna kecoklatan, so nak siang tu macam payah sikit, kena gesek2 guna pisau. Kali ini ada rezeki dapat yang mungkin akar kat atas tanah, hijau macam keladi. Macam kelakar pulak akar atas tanah. Ntahla tak pernah tengok.

Ni nak habaq mai, nak makannnya 5 minit je boleh habis, nak siang nya 3 hari 3 malam rasanya. Sambil tengok Teman Lelaki Upahan sampailah Reality Show Dont Stop Singing Karaoke tu habis. Fuhhhh...

Jangan risau, berbaloi, sebab sedap. :)

Semalam aku masakkan dia asam pedas, campur ikang selayang.

Wassalam.

Siakap Stim/Kukus

Salam,

Pergh akhirnya dapat juga aku beli food steamer walaupun jenama cornell. Aku aim nak jenama sma dengan kakak aku, tapi tiada lah di sini, kluang yaww. Cornell ni pun 120+ kot. Kakak aku guna jenama Elba or Alba? Jessica Alba? Apa-apa la janji fungsinya sama dan harapnya tahan la. Kakak aku kata, Elba harganya cuma 100.

Okaylah dengan terujanya aku pon terus cari ikan siakap bersaiz kecil, kerana ku fikir, setakat nak makan berdua dengan housemate. Tapi itu pun tak habis, ada lagi separuh ekor dalam peti sejuk. Haha.

Resipi yang sangatlah mudah, but yet sedap. (cliche sangat ayat)

Ikan siakap (lumur dengan garam sikit)
Serai 2 batang
Bawang merah 3
Bawang putih 2
Halia 2 inci
Lemon (perah separuh biji + 3 hiris lemon)
Daun sup/ketumbar
Garam secukup rasa
5 biji cili padi
1 sudu sos ikan
1/4 cawan air (aku letak lebih sikit biar berkuah, jadi sup pun takpe, hirup kan sedap)


Food steamer Cornell. Hamik kau sekali 3 jalan, kukus ikan bawah, atas dia, keledek, atas sekali, sayur. Kena susun ikut tahap siapa paling lama duduk bawah. So, sayur tu amik masa sekejap je, rasa dah stim, boleh angkat.

Keledek tu aku kukus, sebab nak buat kuih Cek Mek Molek. hehe

Close up. Ikan Siakap Kukus.
Sekian, Wassalam.
Doakanlah saya akan sentiasa rajin memasak terutamanya bila sudah bersuami dan anak pinak. Amin.
(walaupun tak tahu bila akan berkeluarga)

Saturday, 7 March 2015

Asam Pedas Ikan Selayang dan Jering goreng

Salam,

Kali kedua masak asam pedas. Kali pertama masak ketika menetap di Setia Alam, rasa biasa je. Tapi kali ini puas hati sikit, cuma pedas la pulop. Haha. Main genggam je cili kering, tak sukat betul2 masa nak blend tu. Overall, puas hati.

Resipi asam pedas sedap boleh tengok kat sini.
http://yatiememories.blogspot.com/2014/01/ikan-merah-masak-asam-pedas.html

Cuma, aku tambah dua bahan lagi,

1) Buah keras (2 biji)
2) Gula merah 2 sudu besar

Lepas tu goreng jering atau orang jawa panggil Jengkol.

Bahannya,

Bawang besar sebiji
Cili 13 biji
Air asam jawa satu sudu kecil
Halia 1/2 inci

Kisar semua bahan di atas, dan tumis la bersama jering, sampai jering lembut. Siap.

Asam pedas ikan Selayang, Selangor dan Jering goreng

Friday, 6 March 2015

Nasi Air dan Sambal Pauh


Salam,

Pertama kali masak dan makan, sedap gak rasa dia. Cuma aku sakit perut makan sambal Pauh, mungkin tak biasa. Aku pulak buat pedas habaq ang. Hehe. Over.

Pernah sekali masak laksa sarawak, dah la tak pernah tengok, tak pernah makan, tetiba masak, lepas tu tak jadi, buat malu je. Huhu. 

Sila ikut resipi di sini ye. :)

05/03/2015