Monday, 23 June 2014

Floria Putrajaya 2014

Hi dan Assalammualaikum wbt.

Semalam aku pergi Floria for the very first time in mai life. Weekend ni memang terbaik sebab double migrain weekend. Sabtu aku migrain sebab balik dari Kursus Green Card CIDB pukul 430 petang camtu, panas terik, memancor kat muka. End up, aku tidur je masa tengok starlight cinema malam tu. Kalau dah migrain, ubatnya tidur je selain telan uphamol. Aku dah latih diri, untuk makan ubat bila worse case scenario je. Kalau ada masa, baik tidur, tapi kalau aku bangun tidur masih migrain, dan perlu pergi kerja, aku kena makan ubat, kalau tak kepala aku nanti duduk atas meja, tidur. Apa pun tak boleh.

Ahad, migrain sebab gerak pergi Putrajaya pukul 2.30 pm camtu, gila panas, for sure. Lepak sana sampai pukul 11.30 pm baru gerak balik. Masa drive balik tu, denyut nyut nyut dah kepala. Sabar kan je. Dalam hati rasa nak suruh je kawan drive, haha.

Berbalik kat event Floria Putrajaya ni,

Kawan office kata, sebelum ini masuk Floria free, tapi tahun ni mula dikenakan admission fee sebanyak RM3 untuk dewasa, RM2 untuk kanak-kanak 12 tahun dan ke atas. Kesimpulannya, jangan datang hari terakhir event la, sebab banyak rumput or pokok yang kering, landscape yang dah berterabur. Kalau boleh, datang la hari2 terawal. Tapi yang paling terbaik pasal Floria, tempat makan dia comfy, ada banyak kipas, banyak stall, banyak choice, banyak kenyang. 

Aku tak dapat nak datang weekdays, sebab kerja kan, malam untuk rehat, Weekend lepas aku ada hal, tengok starlight cinema, dan entertained kawan yang dah nak balik Sarawak.

So, here we go! Semalam, 22 June, aku berjaya menjebakkan diri ke Floria bersama rakan baikku di Matrikulasi Perak '07 - '08. Dulu aku stay P3, dia stay kat P1. Kami sama kelas tutorial, TB31. :) Nama dia Badariah, nickname Bada. Dia baik, sweet and cute, also keibuan. Harhar. Since harini kerja, aku malas nak balik Setia Alam, aku tumpang tidur kat rumah sewa dia di Pantai Dalam. Ho yeahhh! Pergi kerja tak perlu redah jem dan toll. :) I wish I could live with her until the day i've to leave KL/Setia Alam around September. Huhu.

Nice knowing you Bada. Love ya.

Eh eh, maaf, yang ada kaitan pasal Floria, cuma satu paragraph saje, dah siap BOLD. Jangan mare.







Till then,
Chao.

Tuesday, 17 June 2014

Petai-petai

Harini pening kepala aku, denyut nyut nyut.

Itulah padahnya bila makan petai tak hingat mati. Haha.

Harini NKVE jem setia alam sampai subang, LDP jem gila, sebab lori trailer terbalik bawah terowong damansara utama.

Kesimpulannya, semalam dan harini aku still blues. *sigh*

Sekian..

Friday, 6 June 2014

Resipi Laksa Goreng

Repost: 2 Julai 2013

Resipi Laksa Goreng 15Minit
Salam,

Pagi tadi aku sempat goreng laksa. Kalau korang pernah tengok dalam Jalan Jalan Cari Makan, masa season yang dipengacarakan oleh Serina Redzuawan, dia ada review laksa goreng yang dekat Lumut@ Pulau Pangkor, aku tak berapa pasti. Perghhh nampak sedap.

Lepas tu, baru-baru ini aku ada tengok Best In The World, tapi tak pasti siaran ulangan atau season baru. Review laksa goreng juga, tapi kedai cina somewhere kat Subang USJ15 mungkin. Nampak sedap jugak.

Okay kali ni, laksa goreng live in Blog aku! Wakakakaka. Masak dalam masa 15 Minit.

Aku dah siap pakai baju, tudung dalam pukul 725 pagi, terus turun bawah, pergi dapur. Dalam peti sejuk memang dah ada Laksa satu bekas (untuk dua orang makan). Dalam satu tupperware penuh dengan timun, daun pudina, bawang besar, cili, dan daun bawang yang sudah dipotong. Semalam petang aku potong bawang putih dua tiga ulas, masuk dalam tupperware tu sekali. Dah settle barang-banang nak tumis. Hehe. Kekdahnya, semua ni hasil lebihan aku masak laksa masa hujung minggu. So, aku ter Randomly terfikir untuk masak laksa goreng since tak pernah cuba. Pagi tadi, aku sempat hancurkan tauhu separuh biji dan separuh genggam taugeh. Semua separuh sebab nak jimat. Bujang yoooo!

First step:

Panaskan minyak atas kuali. Masukkan bawang merah dan putih, tumis sampai naik bau. Masukkan tauhu yang hancusss tadi. Lepas tu, sos tiram, dan kicap pekat, agak-agak dah boleh, masukkan pulak laksa, hihi. tak lupa masukkan cili.

Second step:

Masukkan air sikit, bagi laksa tadi kembang sikit, masukkan daun bawang dan taugeh. Kacau sempurna dan laju-laju sebab taknak melekat dekat kuali. Api aku pasang besar-besar sebab nak ada ala-ala Char Kuew Teow. haha. Masukkan kicap lemak manis pulak...sampai hitam seperti yang kau idamkan. Aku suka hitam-hitam.

Third step:

Masuk dalam tupperware breakfast aku, letak timun yang potong panjang untuk makan dengan laksa utara tu tadi dengan daun pudina dia atas. Longgok je dekat atas laksa goreng tu. Perghhh! Menjilat tappauuuweyh.


Sekian. Senang je kan??? Bujang style yooow.
In Shaa Allah, kalau masak sambil senyum dan ikhlas, semuanya jadi sedap!. Peace.

Gambar laksa goreng akan di upload kendian. Maseh.

Fahami maksud ayat Al-Quran

Repost: 23 Julai 2013

Faham Al-Quran, Allah swt makin sayang
Salam,

Semalam adalah hari kelima aku bertarawih, Masya-Allah walaupun semalam masuk hari ke-13 Bulan Ramadhan namun aku baru berjaya memperoleh 5hari pahala solat sunat tarawih. Hishh hishhh hishhh.

Tazkirah semalam pasal Al-Quran, Ustaz tu kata, kalau kita sekadar baca Al-Quran tapi kita tak faham dan menghayati, kita cuma dapat pahala baca Al-Quran je la semata-mata. Tapi, kalau kita belajar dan memahami maksud ayat Al-Quran, kita dapat lebiiihhhhh banyak ganjaran, malah Allah swt makin sayang dekat kita. Ustaz cakap kalau nak pupuk rasa kasih sayang Allah swt pada kita melalui Al-Quran adalah dengan membaca tafsir Al-Quran (sambil baca, kita tengok maksud), ini cara kalau kita nak telaah kat rumah sorang-sorang. Bak kata orang, berbuat iffah. (beribadat ketika berseorangan).

Namun, cara yang paling effective adalah dengan pergi ke kelas pengajian Al-Quran dan Sunnah. Cara ini paling proper, dan semoga tak sesat la kalau kita belajar sorang-sorang, kang lain yang Allah swt nak kita faham, tapi lain pulak yang kita faham.

Ustaz tambah lagi, Al-Quran ini ada banyak kisah, iaitu hasanatul qisoh (kisah-kisah yang baik). Kalau kita baca, banyak pengajaran kita boleh dapat. Contohnya dalam surah Yusuf. Dalam satu surah tu je semua cerita pasal Nabi Yusuf a.s. (Ustaz bagi contoh ini sebab kebetulan malam tadi, imam baca surah ni)

Tetiba ustaz kata, macam sekarang ni ramai orang yang nak umpamakan/mencontohkan Nabi Yusuf dan Zulaikha sebagai pasangan yang paling indah. Maka Ustaz kata, saya tak 'Amin' kan doa kalian, kalau korang nak umpamakan pasangan seperti itu. Tapiiii, saya 'Amin' kalau kamu kata, kamu nak mencontohi seperti Nabi Adam dan Hawa, Nabi Muhamad saw dan Saidatina A'isyah mahupun Saidatina Khadijah. Saya 'Amin' kan.....(ustaz cakap). Boleh baca dekat sini(klik), kalau nak tahu kisah lanjut Nabi Yusuf a.s. dan Zulaikha dalam AQ.

Jadi, kat sini saya nak cakap, cerita dalam Al-Quran adalah tak lebih dan tak kurang. Allah swt Maha Mengetahui, kenapa cerita yang ada dlm AQ itu tidak secara berlebihan, dan setakat mencukupi untuk kita semua tahu. Contoh lagi, pada zaman Nabi Musa, dalam Al-Quran tak beritahu pun laut mana yang dibelah.... Maknanya kat sini, cuba kita bayangkan kalau Allah swt mention dalam AQ, mesti ramai pulak orang yang berbuat perbuatan syirik kat laut tu, mana tahu mereka nak mintak nombor pulak..or baling syiling dalam laut.?? mahupun baling batu leper, supaya melantun tiga kali dalam laut??? erkkkkk...ni macam....

Lirik Pesona Zulaikha - Suhaimi
Indah wajahnya gamit pesonapedih jemari terluka tidak terasaanggun tingkahnya runtun jiwamuadakah malaikat menjelma manusia
Saat kau turutkan perintah nafsumuenggan dia tunduk pada godaanmudihasut amarah kau lontarkan fitnahterpenjara Yusof pertahan imannya
Begitu cinta si Zulaikhatega mendamba kekasihnyahingga tenggelam dalam amukan rindunyanamun tika datang cahayadari Cinta segala cintaseluruh jiwa kini hanyalah Khaliqnya
Berganti rayu pada yang Satubasah bibirmu meratib asma' yang Esahati yang tulus rindu yang Qudusinilah cinta yang sebenarnya cinta
Dalam kehilangan kau temui imantidak dibiarkan engkau kehancuranYusofmu di sisi Tuhanmu di hatihanya pengabdian bukti kesyukuran
Oh Zulaikha, engkau alihkan cintadari cinta hamba ke Penciptanyarindumu bukanlah pemusnah diritetapi penemu Cinta Hakikioh Zulaikha, kisahmu mempesonakisah cinta yang akhirnya bertemu cintaNya

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-pesona-zulaikha-suhaimi.html#ixzz2ZpT8EagP

Sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah swt, dan segala kelemahan itu datang dari aku sendiri. Kalau ada tersalah fakta, komen ok. Syukran Jazilan.

Mengejar Lailatul Qadar

Repost: 30 Julai 2013

Salam,

Lailatul Qadar.

Tahun ini tak seperti tahun-tahun lepas, aku harapkan tahun yang lebih baik berbanding dulu. Manusia perlukan perubahan, semakin hari menuju ke arah kebaikan. Tolong ingatkan aku jika aku terlupa. Tolong sedarkan aku jika aku masih berada dalam kejahilan. Kalau tak mendalami, sampai bila-bilapun, aku akan hanya berada di permukaan.... Adakah cukup hanya di permukaan? Asyik nak "snorkeling" je, takkan tak teringin nak "diving" pulak kan? Hehe pandai-pandai je aku letak perumpamaan....

Malam ini Ramadhan yang ke 22.
Sebenarnya aku a bit confused. Dalam kalendar tulis 21 Ramadhan untuk tarikh 30 July 2013. Tapi malam ni lepas maghrib kita dah masuk 22 Ramadhan kan? Aiyaaaarkkkk ape ni, dah besar panjang pun tak tahu kira lagi.

Allah swt dah mudahkan kita, dalam hadis dah sebut, Malam Al-Qadar jatuh pada hari/malam ganjil, contoh 21, 23, 25, 27, 29. So dalam kes aku yang still tak dapat memastikan kiraan, aku haruslah bersungguh pada setiap malam 10 terakhir. Jangan salah faham, kalau tengok ada pokok sujud, cek betul-betul mana tahu pokok tu baru lepas kena tebang atau tumbang kena tiup dek angin. Hehe (Ustaz wat kelakar semalam).

Aku sebenarnya dah skip beberapa hari jugak kan tak tulis update pasal tazkirah aku setiap malam tarawih. Oleh kerana aku lupa bawak note aku, aku tulis tazkirah semalam je la, disampaikan oleh wakil dari Aqsa Syarif. (tak tahu eja betul tak). Dia kata, kita berpuasa, mencari lailatul qadar dan juga beribadah ni semua kalau boleh janganlah secara individu, buatlah secara berjamaah. Kita kena ubah mindset kita, semua ibadah yang kita lakukan ini adalah secara ummati. Dalam erti kata lain, contohnya puasa ini mengajar kita supaya dapat merasai perasaan mereka di Syria mahupun Palestin yang hidup dalam keadaan darurat. Kita tak tahu mereka makan ke tak. Oleh itu, setiap kali solat, tolong doakan mereka di sana semoga selamat. Dalam mencari lailatul qadar jangan bakhil, jangan doa untuk diri sendiri. Sentiasa doakan orang lain, minta Allah swt ampunkan dosa kita, ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan, dan tak lupa doakan saudara-saudara Islam kita di sana(Syria, Mesir, Palestin, Thailand, Indonesia dan etc)

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” Firman Allah swt (Surah az-Zariyat; Ayat 15-18 )

Terasa bertuah sebab dapat menjalani bulan Ramadhan tahun ini, rasa sedih kerana Ramdhan bakal meninggalkan kita. Entah kita berjumpa lagi di masa akan datang.... Aku baru terbaca mengenai Qailullah, iaitu tidur di waktu siang, selama beberapa minit (10-30 minit) sebelum masuknya waktu solat Zohor. Jangan lupa berniat untuk ganjaran pahala.

“Daku tidur sebentar kerana hendak bangun beribadah tengah malam ini, kerana Allah Ta’Ala.”

Atau:~

“Daku tidur sebentar dan mohon terbangun tengah malam ini kerana rasa imanku terhadap-Mu (Allah) dan untuk mendekatkan diri denganMu.”

Tidur siang ni sebagai pengecas untuk kita cergas pada waktu malam.

Wassalam.
Sumber : http://shafiqolbu.wordpress.com

Thursday, 5 June 2014

Amalan Alim Ulamak

Repost: 1 Ogos 2013

Salam,

Ramadhan ke-23.

Sekadar perkongsian ilmu yang aku peroleh semalam, daripada tazkirah Ustaz Asyraf. Solat sunat terawih semalam seperti hari-hari biasa, tetapi bila part sunat witir, ada macam sedih sikit, sebab kalau tak silap(aku agak), Ustaz Asyraf ini yang imamkan, masa baca Doa Qunut, di rakaat witir ketiga tu, beliau baca doa sampai menangis. :( Kat sini, aku dah sedar, betapa pentingnya kita mempelajari Bahasa Arab. At least, kita faham apa yang kita doakan.....kita faham Ayat-ayat Al-Quran yang kita bacakan... Ya Allah, semoga kita semua sentiasa mendapat keredhaanMU dan keredhaan sesama Manusia.

Bagi mendapatkan keredhaan sesama Manusia, jangan menyakiti hati mereka sehingga mereka tidak Redha, jika ada, segerakan meminta maaf. Pagi ini kita mungkin masih bernafas, mungkin Petang ini kita sudah di dalam kubur. Lagi satu, Ustaz ada beri tips, ketika bersalam, pandang mata kawan tu, dan ucapkanlah 'Maafkan saya, doakan saya'....sekurang-kurangnya sedekahkan Al-Fatihah.

Ok berbalik pada amalan alim ulamak yang Ustaz ajarkan semalam,

1) Angkat tangan kanan

2) Letak di dada kiri (rasakan degupan jantung)

3) Baca Istighfar (3x)

4) Baca Surat Ash-Sharĥ (The Relief) - سورة الشرح sehingga Ayat ke-enam, kemudian berhenti sebentar.

5) Pejamkan mata.

5) Berdoalah kepada Allah swt.. Cth: Ya Allah swt, bersihkanlah titik-titik hitam dalam hatiku ini, Ampunkan dosa-dosa ku, ibu bapaku, adik beradik, rakan-rakan, Berkatilah umur kami, dan sebagainya.

6) Selesai berdoa, buka mata, sambung dua ayat terakhir surah di atas. Amin

7) Tiupkan doa tersebut di tapak tangan kanan tadi, kemudian letak kembali tangan di dada kiri.

8) Selesai. (langkah 2 hingga 6, pastikan tangan kanan tu sentiasa di dada kiri, rendahkan diri pada Allah swt, In Shaa Allah....)


Wassalam. Maafkan di atas segala kekurangan saya, sesungguhnya segala yang baik datang dari Allah swt, dan doakan saya. Terima kasih.

p/s: kalau ada salah silap, beritahu ye.