Friday, 6 June 2014

Mengejar Lailatul Qadar

Repost: 30 Julai 2013

Salam,

Lailatul Qadar.

Tahun ini tak seperti tahun-tahun lepas, aku harapkan tahun yang lebih baik berbanding dulu. Manusia perlukan perubahan, semakin hari menuju ke arah kebaikan. Tolong ingatkan aku jika aku terlupa. Tolong sedarkan aku jika aku masih berada dalam kejahilan. Kalau tak mendalami, sampai bila-bilapun, aku akan hanya berada di permukaan.... Adakah cukup hanya di permukaan? Asyik nak "snorkeling" je, takkan tak teringin nak "diving" pulak kan? Hehe pandai-pandai je aku letak perumpamaan....

Malam ini Ramadhan yang ke 22.
Sebenarnya aku a bit confused. Dalam kalendar tulis 21 Ramadhan untuk tarikh 30 July 2013. Tapi malam ni lepas maghrib kita dah masuk 22 Ramadhan kan? Aiyaaaarkkkk ape ni, dah besar panjang pun tak tahu kira lagi.

Allah swt dah mudahkan kita, dalam hadis dah sebut, Malam Al-Qadar jatuh pada hari/malam ganjil, contoh 21, 23, 25, 27, 29. So dalam kes aku yang still tak dapat memastikan kiraan, aku haruslah bersungguh pada setiap malam 10 terakhir. Jangan salah faham, kalau tengok ada pokok sujud, cek betul-betul mana tahu pokok tu baru lepas kena tebang atau tumbang kena tiup dek angin. Hehe (Ustaz wat kelakar semalam).

Aku sebenarnya dah skip beberapa hari jugak kan tak tulis update pasal tazkirah aku setiap malam tarawih. Oleh kerana aku lupa bawak note aku, aku tulis tazkirah semalam je la, disampaikan oleh wakil dari Aqsa Syarif. (tak tahu eja betul tak). Dia kata, kita berpuasa, mencari lailatul qadar dan juga beribadah ni semua kalau boleh janganlah secara individu, buatlah secara berjamaah. Kita kena ubah mindset kita, semua ibadah yang kita lakukan ini adalah secara ummati. Dalam erti kata lain, contohnya puasa ini mengajar kita supaya dapat merasai perasaan mereka di Syria mahupun Palestin yang hidup dalam keadaan darurat. Kita tak tahu mereka makan ke tak. Oleh itu, setiap kali solat, tolong doakan mereka di sana semoga selamat. Dalam mencari lailatul qadar jangan bakhil, jangan doa untuk diri sendiri. Sentiasa doakan orang lain, minta Allah swt ampunkan dosa kita, ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan, dan tak lupa doakan saudara-saudara Islam kita di sana(Syria, Mesir, Palestin, Thailand, Indonesia dan etc)

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” Firman Allah swt (Surah az-Zariyat; Ayat 15-18 )

Terasa bertuah sebab dapat menjalani bulan Ramadhan tahun ini, rasa sedih kerana Ramdhan bakal meninggalkan kita. Entah kita berjumpa lagi di masa akan datang.... Aku baru terbaca mengenai Qailullah, iaitu tidur di waktu siang, selama beberapa minit (10-30 minit) sebelum masuknya waktu solat Zohor. Jangan lupa berniat untuk ganjaran pahala.

“Daku tidur sebentar kerana hendak bangun beribadah tengah malam ini, kerana Allah Ta’Ala.”

Atau:~

“Daku tidur sebentar dan mohon terbangun tengah malam ini kerana rasa imanku terhadap-Mu (Allah) dan untuk mendekatkan diri denganMu.”

Tidur siang ni sebagai pengecas untuk kita cergas pada waktu malam.

Wassalam.
Sumber : http://shafiqolbu.wordpress.com

No comments:

Post a Comment

Say 'Hi' pls. :)