Repost: 1 Ogos 2013
Salam,
Ramadhan ke-23.
Sekadar perkongsian ilmu yang aku peroleh semalam, daripada tazkirah Ustaz Asyraf. Solat sunat terawih semalam seperti hari-hari biasa, tetapi bila part sunat witir, ada macam sedih sikit, sebab kalau tak silap(aku agak), Ustaz Asyraf ini yang imamkan, masa baca Doa Qunut, di rakaat witir ketiga tu, beliau baca doa sampai menangis. :( Kat sini, aku dah sedar, betapa pentingnya kita mempelajari Bahasa Arab. At least, kita faham apa yang kita doakan.....kita faham Ayat-ayat Al-Quran yang kita bacakan... Ya Allah, semoga kita semua sentiasa mendapat keredhaanMU dan keredhaan sesama Manusia.
Bagi mendapatkan keredhaan sesama Manusia, jangan menyakiti hati mereka sehingga mereka tidak Redha, jika ada, segerakan meminta maaf. Pagi ini kita mungkin masih bernafas, mungkin Petang ini kita sudah di dalam kubur. Lagi satu, Ustaz ada beri tips, ketika bersalam, pandang mata kawan tu, dan ucapkanlah 'Maafkan saya, doakan saya'....sekurang-kurangnya sedekahkan Al-Fatihah.
Ok berbalik pada amalan alim ulamak yang Ustaz ajarkan semalam,
1) Angkat tangan kanan
2) Letak di dada kiri (rasakan degupan jantung)
3) Baca Istighfar (3x)
4) Baca Surat Ash-Sharĥ (The Relief) - سورة الشرح sehingga Ayat ke-enam, kemudian berhenti sebentar.
5) Pejamkan mata.
5) Berdoalah kepada Allah swt.. Cth: Ya Allah swt, bersihkanlah titik-titik hitam dalam hatiku ini, Ampunkan dosa-dosa ku, ibu bapaku, adik beradik, rakan-rakan, Berkatilah umur kami, dan sebagainya.
6) Selesai berdoa, buka mata, sambung dua ayat terakhir surah di atas. Amin
7) Tiupkan doa tersebut di tapak tangan kanan tadi, kemudian letak kembali tangan di dada kiri.
8) Selesai. (langkah 2 hingga 6, pastikan tangan kanan tu sentiasa di dada kiri, rendahkan diri pada Allah swt, In Shaa Allah....)
Wassalam. Maafkan di atas segala kekurangan saya, sesungguhnya segala yang baik datang dari Allah swt, dan doakan saya. Terima kasih.
p/s: kalau ada salah silap, beritahu ye.
No comments:
Post a Comment
Say 'Hi' pls. :)