Friday, 6 June 2014

Fahami maksud ayat Al-Quran

Repost: 23 Julai 2013

Faham Al-Quran, Allah swt makin sayang
Salam,

Semalam adalah hari kelima aku bertarawih, Masya-Allah walaupun semalam masuk hari ke-13 Bulan Ramadhan namun aku baru berjaya memperoleh 5hari pahala solat sunat tarawih. Hishh hishhh hishhh.

Tazkirah semalam pasal Al-Quran, Ustaz tu kata, kalau kita sekadar baca Al-Quran tapi kita tak faham dan menghayati, kita cuma dapat pahala baca Al-Quran je la semata-mata. Tapi, kalau kita belajar dan memahami maksud ayat Al-Quran, kita dapat lebiiihhhhh banyak ganjaran, malah Allah swt makin sayang dekat kita. Ustaz cakap kalau nak pupuk rasa kasih sayang Allah swt pada kita melalui Al-Quran adalah dengan membaca tafsir Al-Quran (sambil baca, kita tengok maksud), ini cara kalau kita nak telaah kat rumah sorang-sorang. Bak kata orang, berbuat iffah. (beribadat ketika berseorangan).

Namun, cara yang paling effective adalah dengan pergi ke kelas pengajian Al-Quran dan Sunnah. Cara ini paling proper, dan semoga tak sesat la kalau kita belajar sorang-sorang, kang lain yang Allah swt nak kita faham, tapi lain pulak yang kita faham.

Ustaz tambah lagi, Al-Quran ini ada banyak kisah, iaitu hasanatul qisoh (kisah-kisah yang baik). Kalau kita baca, banyak pengajaran kita boleh dapat. Contohnya dalam surah Yusuf. Dalam satu surah tu je semua cerita pasal Nabi Yusuf a.s. (Ustaz bagi contoh ini sebab kebetulan malam tadi, imam baca surah ni)

Tetiba ustaz kata, macam sekarang ni ramai orang yang nak umpamakan/mencontohkan Nabi Yusuf dan Zulaikha sebagai pasangan yang paling indah. Maka Ustaz kata, saya tak 'Amin' kan doa kalian, kalau korang nak umpamakan pasangan seperti itu. Tapiiii, saya 'Amin' kalau kamu kata, kamu nak mencontohi seperti Nabi Adam dan Hawa, Nabi Muhamad saw dan Saidatina A'isyah mahupun Saidatina Khadijah. Saya 'Amin' kan.....(ustaz cakap). Boleh baca dekat sini(klik), kalau nak tahu kisah lanjut Nabi Yusuf a.s. dan Zulaikha dalam AQ.

Jadi, kat sini saya nak cakap, cerita dalam Al-Quran adalah tak lebih dan tak kurang. Allah swt Maha Mengetahui, kenapa cerita yang ada dlm AQ itu tidak secara berlebihan, dan setakat mencukupi untuk kita semua tahu. Contoh lagi, pada zaman Nabi Musa, dalam Al-Quran tak beritahu pun laut mana yang dibelah.... Maknanya kat sini, cuba kita bayangkan kalau Allah swt mention dalam AQ, mesti ramai pulak orang yang berbuat perbuatan syirik kat laut tu, mana tahu mereka nak mintak nombor pulak..or baling syiling dalam laut.?? mahupun baling batu leper, supaya melantun tiga kali dalam laut??? erkkkkk...ni macam....

Lirik Pesona Zulaikha - Suhaimi
Indah wajahnya gamit pesonapedih jemari terluka tidak terasaanggun tingkahnya runtun jiwamuadakah malaikat menjelma manusia
Saat kau turutkan perintah nafsumuenggan dia tunduk pada godaanmudihasut amarah kau lontarkan fitnahterpenjara Yusof pertahan imannya
Begitu cinta si Zulaikhatega mendamba kekasihnyahingga tenggelam dalam amukan rindunyanamun tika datang cahayadari Cinta segala cintaseluruh jiwa kini hanyalah Khaliqnya
Berganti rayu pada yang Satubasah bibirmu meratib asma' yang Esahati yang tulus rindu yang Qudusinilah cinta yang sebenarnya cinta
Dalam kehilangan kau temui imantidak dibiarkan engkau kehancuranYusofmu di sisi Tuhanmu di hatihanya pengabdian bukti kesyukuran
Oh Zulaikha, engkau alihkan cintadari cinta hamba ke Penciptanyarindumu bukanlah pemusnah diritetapi penemu Cinta Hakikioh Zulaikha, kisahmu mempesonakisah cinta yang akhirnya bertemu cintaNya

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-pesona-zulaikha-suhaimi.html#ixzz2ZpT8EagP

Sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah swt, dan segala kelemahan itu datang dari aku sendiri. Kalau ada tersalah fakta, komen ok. Syukran Jazilan.

No comments:

Post a Comment

Say 'Hi' pls. :)