Friday, 6 June 2014

Resipi Laksa Goreng

Repost: 2 Julai 2013

Resipi Laksa Goreng 15Minit
Salam,

Pagi tadi aku sempat goreng laksa. Kalau korang pernah tengok dalam Jalan Jalan Cari Makan, masa season yang dipengacarakan oleh Serina Redzuawan, dia ada review laksa goreng yang dekat Lumut@ Pulau Pangkor, aku tak berapa pasti. Perghhh nampak sedap.

Lepas tu, baru-baru ini aku ada tengok Best In The World, tapi tak pasti siaran ulangan atau season baru. Review laksa goreng juga, tapi kedai cina somewhere kat Subang USJ15 mungkin. Nampak sedap jugak.

Okay kali ni, laksa goreng live in Blog aku! Wakakakaka. Masak dalam masa 15 Minit.

Aku dah siap pakai baju, tudung dalam pukul 725 pagi, terus turun bawah, pergi dapur. Dalam peti sejuk memang dah ada Laksa satu bekas (untuk dua orang makan). Dalam satu tupperware penuh dengan timun, daun pudina, bawang besar, cili, dan daun bawang yang sudah dipotong. Semalam petang aku potong bawang putih dua tiga ulas, masuk dalam tupperware tu sekali. Dah settle barang-banang nak tumis. Hehe. Kekdahnya, semua ni hasil lebihan aku masak laksa masa hujung minggu. So, aku ter Randomly terfikir untuk masak laksa goreng since tak pernah cuba. Pagi tadi, aku sempat hancurkan tauhu separuh biji dan separuh genggam taugeh. Semua separuh sebab nak jimat. Bujang yoooo!

First step:

Panaskan minyak atas kuali. Masukkan bawang merah dan putih, tumis sampai naik bau. Masukkan tauhu yang hancusss tadi. Lepas tu, sos tiram, dan kicap pekat, agak-agak dah boleh, masukkan pulak laksa, hihi. tak lupa masukkan cili.

Second step:

Masukkan air sikit, bagi laksa tadi kembang sikit, masukkan daun bawang dan taugeh. Kacau sempurna dan laju-laju sebab taknak melekat dekat kuali. Api aku pasang besar-besar sebab nak ada ala-ala Char Kuew Teow. haha. Masukkan kicap lemak manis pulak...sampai hitam seperti yang kau idamkan. Aku suka hitam-hitam.

Third step:

Masuk dalam tupperware breakfast aku, letak timun yang potong panjang untuk makan dengan laksa utara tu tadi dengan daun pudina dia atas. Longgok je dekat atas laksa goreng tu. Perghhh! Menjilat tappauuuweyh.


Sekian. Senang je kan??? Bujang style yooow.
In Shaa Allah, kalau masak sambil senyum dan ikhlas, semuanya jadi sedap!. Peace.

Gambar laksa goreng akan di upload kendian. Maseh.

No comments:

Post a Comment

Say 'Hi' pls. :)