Wednesday, 17 September 2014

Akhirnya aku pergi

hi

Dah 18 minggu aku kerja kat company baru ni. Memang dari awalnya aku dah tahu, aku memang based kat site. Dah dari awal datang interview pun dah redha, dan cuba sahut cabaran kat diri sendiri. Sampai bila pun aku tak berjaya, selagi tak berubah. Dulu aku kerja kontrak sambilan, di bayar ikut hari bekerja, makanya kalau cuti, tak dapat gaji. 2 tahun juga la aku duduk situ dan berpuas hati dengan apa yang ada. Walaupun gaji kecil tapi aku berada dalam keadaan zon yang selesa namun selalu jugaklah ikat perut, sebab gaji kenkadang cecukup je. Nasiblah aku jenis yang bukan kaki shopping and bersuka ria tak tentu masa. Aku kawal semua tu.

Sekarang bila da kerja di syarikat swasta, aku lebih berusaha keras la, belajar semua benda, penuhkan ilmu dan pengalaman di dada kerna ku tahu, semua ini untuk masa depanku.

Aku selalu cakap kat diri, nanti kalau ada suami, nak duduk rumah jaga anak saje. Jadi surirumah sepenuh masa. Tapi aku cakap je macam ni, hakikatnya nanti aku sendiri pun tak tahu. Suami aku mampu ke nak sara hidup kami sendirian? Aku tak nak la ada orang yang cakap belakang...."sampai hati dia tak kerja, sedangkan ada ijazah"

Apa pula kata ibu bapa aku nanti, bertahun mereka tanggung kos pembelajaran, sara diri sepanjang tempoh pembesaran sampailah hari graduasi. Takkanlah bila dah berumahtangga nanti, aku tak bagi duit belanja kat dorang. Takkanlah suami aku nak bagi duit belanja kt dorang, sedangkan sang suami juga ada ibu bapa yang perlu dijaga.

Bila difikirkan, walaupun kita dah berumahtangga, tak boleh sesekali kita rasa dah boleh lepas tangan pada ibu bapa kita. Aku tak tengok pada orang lain, aku tengok pada orang terdekat aku je. Yang mana baik, aku jadikan teladan, yang mana tak baik di mataku, aku berdoa supaya djauhkan dan jadi iktibar.

Cakap memang senang.

Setelah hampir 3 tahun aku duduk area KL, PJ, Setia Alam, minggu depan adalah penamatnya buat sementara waktu (masa hadapan mungkin kembali). Projek kat Johor ni ambil masa dalam 3 tahun juga untuk habis. Semoga aku diberikan kekuatan untuk mengharungi ujian mendatang.

Lepas ni, kerja sampai hari sabtu. Jauh sikit dari keluarga. Tiada saudara mara. Banyak lelaki dari wanita. Wedding kengkawan yang mana belah Perak or utara tu mungkin tak dapatlah, jauhhhh, dengan cuti yang sedikit. InsyaAllah kalau yang area Johor ni aku cuba.

Hurmmm...Rabbi yasir wala tu’asir.

Cabaran kini harapnya mendewasakan aku. Habis je projek ni, umur aku pun 28 tahun. Dalam masa 3 tahun kalau tak ada yang approach dan berkenan di hati....alamatnya....hahah. kelaut la kita.

Semoga dipermudahkan urusan jodohku. Aamiin.

Best tgk kengkawan yang dah ada anak dan suami. :-)

Okla bye. Nite.

Thursday, 21 August 2014

Compliment from my boss

Salam,

Morning all,

Pepagi ini aku dah rasa happy, mana tidaknya bila kena puji, i'll take it as a reward for my 2 years ++ experiences as a career woman. Ini company, aku baru kerja for like 3 months, still in probation period. Aku harap cepat la dapat confirmation. :) Hee

Nak tahu apa boss cakap?

"I'm so happy with your performances, but eventually you will have to work at site soon, do you have any classmate or friend, any recommendation?"

Aku senyum je, wakakaka. Yela, aku assume la yea, aku assume boss aku assume (errkk) yang my classmate also have this good performances. UKM's grad maa. Wakaka~ (sesekali nak puji Universiti sendiri).

Tapi, sejujurnya, bukan UKM je, aku bersyukur sebab pernah bekerja sebagai pekerja sambilan harian (PSH) kat Government. Banyak experience aku dapat, in other words, please do not say bad things to all gov's servant, because everyone have different way of attitude. Just remember, work fisabilillah. Kerja itu juga ibadah kan?

Aku harap, bila dah confirm nanti, gaji naik banyak la sikit. Haha. (boleh la, plssss) To whom am i begging for? cakap sensorang? Of course to Allah swt, because every rezeki comes from HIM.

I'm going to be posted out to Kluang, to serve for Kluang peoples, InsyaAllah in about 3 years, they will have a good enough water supply during kemarau. Thanks to the Government y'all!


Inna haza Larizkuna Ma Lahu Min Nafad.
(Surah Sad - Ayat 54)


Ikhlas,
Ifa Z

Alahai zaman kekanak

Salam,

Hari ni rasa macam nak tulis pasal boyfriend, hurmm. Aku masa tadika sampai sekolah rendah rapat sangat dengan lelaki, memang kawan aku semuanya lelaki. Mana tidaknya, bila nak keluar main je kat kampung tu, aku seorang je perempuan, yang lain semua lelaki. Kawan sekampung yang perempuan jenis suka duduk dalam rumah. Hehe. Memang itulah yang sepatutnya kanak-kanak perempuan buat kot. Apa yang aku selalu mainkan kat kampung dulu?

1) Aci baling kasut
2) Galah panjang
3) Teng teng
4) Konda kondi
5) Batu Seremban (ini selalu main dengan perempuan rasanya)
6) Rounders (peberet gua)
7) Rugbi (sekali-kala)..
8) etc...etc....

Best gila kan kampung aku dulu, kitorang selalu petang-petang, kumpul kat Surau pastu bila dah cukup ahli, start main Rounders. Perghhh pernah sekali aku jadi Pembaling bola tu, orang yang shoot tu tak sengaja shoot bola tu betul-betul kat perut aku, perhhhhhh senak gila habak ang.. Haha. Tapi tula, bayangkan la tenaga lelaki macam ne. ishhh rindu sangat zaman kekanak.

Bila dah habis UPSR, tamatlah riwayat zaman kejantanan. Dulu selalu juga orang panggil aku tom and jerry boy. Haha. Orang lain semua dah pakai tudung, aku masuk form 1 baru pakai tudung, itupun bila masuk sekolah agama.

Memula aku masuk form 1 kat sekolah harian je, tapi mak pak teringin nak anak dia masuk aliran agama. Aku meronta-ronta la tak mahu masuk sekolah asrama. :( Sampaikan aku berkurung dalam bilik, nangis-nangis sebab tak nak dihantar pergi Slim River. Namun akhirnya pasrah, kena pujuk-pujuk dengan Mak, aku pun akur. Masuk sekolah agama, aku culture shock kot, tetiba kena pakai tudung labuh habaq hang.

Daripada seorang yang sosial dengan lelaki, aku bertukar 100% menjadi perempuan yang pemalu, anti lelaki dan sebagainya. Susah la nak nampak aku cakap dengan lelaki masa zaman sekolah menengah. Dan aku juga ada prinsip untuk tidak sama sekali 'bercouple'. Its NO. Aku sedar, masa belajar ini tak perlu la nak bercinta bagai, belajar je dulu.

Sampai la PMR, result aku teruk, dapat 4As je, aku rasa dah give up nak bersekolah kat sini. Aku macam tak masuk dengan jiwa asrama penuh tu, dari form 1 lagi, result aku selalu corot. Huhu. Bila result PMR teruk, aku cakap la dengan parents, nak tukar sekolah. Tapi parents suruh sekolah lagi kat sini. Aku pun pasrah.

Bila dah mengharungi form 4 kat sini, result aku pun masih teruk. Bayangkanlah, add maths aku dapat 4 markah je kengkadang. Haha.

Tapi bila akhir tahun form 4, aku beritahu parents aku nak pindah sekolah, dorang terus setuju. Hehe. Mungkin sebab tak nak tengok masa depan aku musnah, nanti tak dapat masuk ipta. mungkin...mungkin... hehe

Akhirnya, aku pindah balik ke sekolah lama aku. Feeling so gooooooddd.... Pergi, balik sekolah mak amik. Makan lunch, dinner kat rumah. :) Bestnya, heavenly heaven. Akhirnya dapat results SPM, layak masuk matrikulasi.

Sampai di matrikulasi, sama juga tak boleh cope dengan study culture yang laju. Tapi aku ni jenis relaxxxx, alaa asalkan habis blaja kat matrik sudah la...sampailah grad matrik, result aku cam ayam, haha. Sejak masuk sekolah Harian masa form 4 dan masuk matrikulasi, aku jadilah tak pemalu sangat dah, boleh la bergaul dengan lelaki. Aku selalu merenung, termenung...akan diriku yang tiada boyfriend. Sampai la 2nd half di matrikulasi aku jumpa dengan Boyfriend ni.

Rezeki....dapat masuk UKM, dan masih bercinta dengan boyfriend yang aku jumpa di matriks ni... Masih dengan dia, sehinggalah grad, sempat diputuskan dengan dia sekali....dan akhirnya kali kedua ditinggalkan masa aku dah bekerja, (tahun pertama)... Tamat.

Sehingga kini masih tiada lagi kisah cinta...dan terus akan tetap tiada melainkan kisah cinta dengan Suami nanti.(belum ada calon pun). Muda lagi what.. Uh rindu zaman kekanak, main petang-petang, macam ala-ala beriadah la kan konon...

Ok, tata.


Monday, 18 August 2014

Mimpi Arwah Nenek

Salam,

Semalam ku mimpikan arwah nenek ku. Sayu hati bila terjaga dalam mimpi. Mimpi tu, nenek aku hidup kembali. Ishhh. Adakah sekarang nenek aku sedang mengharapkan doa dari kami yang masih hidup.

Think positive.

Al-fatihah untuk Arwah nenekku. Allahuma firlahu warhamhu waafihi wa’fu ’anhu.

p/s: aku selalu mimpi pelik-pelik sebelum bgn pagi. dan pulak aku paling tak syiok bila terjaga beberapa minit sebelum alarm berbunyikkk.. haha. tensi.

Sunday, 17 August 2014

Mimpi kamu

Mimpi kamu, tapi kenapa mesti kamu!

Adakah dengan bermimpikan kamu itu membawa makna kamu sedang merinduiku?

Ataupun aku yang sedang merinduimu, walaupun zahirku menidakkan?

Ahhh, mungkinkah ini hanya mainan mimpi, godaan syaitan yang melemahkanku?

Aku percaya, suatu hari nanti, kesabaranku ini berbaloi.

Perasaan ini milik Allah swt, pinjaman semata, syukurlah masih diberikan peluang untuk merindu.

Biarlah hanya Engkau yang memahami rinduku yang tersimpan ini.

Biarlah bertahun lamanya....kerna ku yakin ku adaMu Tuhan..

(eh itu da macam lagu Najwa latif - line akhir tu..hehe)

p/s: syiok plak ada apps blogger ni kat phone. :-) bila2 masa nak update pon boleh.

Kursus dan ujian

Hello,

Fuhhhh, gila rasanya sekali lagi kena menghadapi exam. Last time was exam for SPA - Pegawai Belia dan Sukan. Berapa hari berturut2 aku minum kopi expresso, gila habaq hang. Aku tak suka minum kopi, tapi sebab nak make sure malam aku boleh stay back... Aku tak boleh cope dengan kehidupan bekerjaya di siang hari, memalam kena study, tak mampu, mata beratttt...syaiton gayut start dari pukul 9 lebih..

Gua respek dengan segelintir orang yang boleh kerja full timer, tapi buat PJJ.

Mungkin sebenarnye kalau keadaan mendesak, kita memang boleh buat. Kalau azam tu kuat, insyaallah, dipermudahkan semuanya. Ok, berbalik kat kisah exam SPA aku tadi, alhamdulillah lulus. Aku failed part interview la......tak ada rezeki...over confident..

Esok aku ada kursus kat KL, harga kursus ni sahaja rm3k seorang selama 5 hari, dan kemudian hari terakhir tu aku kena tempuh exam. Tak lulus? re-seat paper rm500. Mana tak cuak mak, kalau di buatnya kena potong gaji aku, kena bayar 5rat camno agak eh...

Sebab tu tak boleh main-main, sijil ini nanti laku kat mane-mane. Kalau ada org offer gaji lagi tinggi sebab cert ni...memang aku hamikkk.. haha. Tapi tgk gak keadaan. Orang kerja private mmg susah nak tgk yg sgt setia dgn company tu melainkan company tu memang offer benefit yang sangat berbaloi.

Actually, aku tak terfikir pun nak kerja sampai tua makan gaji, aku nak berniaga. Hurmmm..semoga dipermudahkan.

okayla, got to go!

nite.

Wednesday, 13 August 2014

Baju Melayu dan Seluar Pelikat untuk Anak Buah

Salam,

Tadaaa, ni la dia baju melayu yang aku jahit untuk anak-anak buah aku. Sorry tak ada poket, maklang dah  tak larat tahu, lepas cuti raya je terus jatuh sakit, (tak jatuh sangat la), kena selsema, batuk dan sakit tekak.

Ok, bye.



Wednesday, 6 August 2014

Raya 2014

Salam Aidilfitri,

Raya ni aku rasa tenang sangat, sebab cuti pun 1 minggu. Tak perlu fikir apa-apa, just bercuti. Tapi yang tak bestnya bila aku sakit pulak masa cuti raya, memula sakit tekak, lepastu selsema, sekarang batuk. Selsema tu rasanya boleh tahan lagi, tapi tang batuk tu perghhh letih rasanya. Batuk banyak guna tenaga la...tang perut pun ikut sakit.

Aku tahu kenapa aku jatuh sakit,

1) Kurang minum air masak
2) Menjahit
3) Menjahit
4) Menjahit
5) Menjahit

Hohoho. Raya yang paling meletihkan sebab menjahit je keje aku. Mana taknya, aku asyik tak larat je nak menjahit waktu malam masa bulan Ramadhan. Mata ni berat sangat, nak nak kalau balik Terawih pun dah pukul 10.30 - 11 malam. Aku ni memang 'last-minute' punya orang.

Malam raya pertama aku siapkan baju raya Adik (kurung moden) dan jahit jubah aku. Malam raya kedua, siapkan baju kurung moden kakak (Maroon), Raya ketiga, keempat, rileks sikit, just potong-potong kain dan jahit baju Melayu dan seluar pelikat untuk kedua anak buah (Ahmad Irfaan dan Ahmad Irsyaad). Raya kelima, aku dah start jahit baju kakak lagi (Hijau Epal), tapi dalam masa yang sama kena tolong parents, sebab hari Sabtu (Raya ke-6) tu nak buat Majlis Akikah untuk anak buah kedua (Ahmad Irsyaad). Perghhhh multitasking betul, nasib la mak tak bising, aku asyik menghadap mesin jahit. Nasib jugak, kakak aku dah balik hari Jumaat tu, tolong kupas kulit bawang dan banyak lagi. Kakak aku tu, semua dia boleh uruskan, biasalah anak sulung.

Dalam pada menjahit baju kurung moden kakak, sempat diselang selikan dengan menjahit baju kebaya kimono aku dan adik (hijau epal juga, tp more striking and shining, guna kain satin). Alhamdulillah siap la baju kurung kakak dan kebaya kami, tapi yang paling tak sempat, nak buat kain selisih (guna kain batik), kononnya nak matching kan dengan kebaya itu. Dah given up, tak boleh nak kejar lagi, so kami pun pakai kebaya dengan jeans. :) Raya Rock n Roll!

Alhamdulillah, raya kami tahun ini mulanya hambar sebab ada tiga beradik bujang je. Yang kakak abang balik rumah mertua. Tapi akhirnya ceria bila dorang balik untuk Majlis Akikah tu, terubat rasa rindu pada Irfaan. :) Dengan aksi-aksi lakonan Ultraman dia. Haha. Tak kering gusi kami gelak.

Syukur kerana masih diberikan peluang untuk bersama keluarga.

Chao.
Ifa Z

Wednesday, 23 July 2014

Istighfar untuk Arwah

Salam,

Hari aku berbuka di surau itu, kebetulan di tengah2 terawih ada sesi tazkirah. Ada ilmu baru yang aku dapat yang memang terang-terangan aku tulis sebagai tajuk post ini.

Ustaz kata, bila kita dah arwah, di saat mayat kita diusung ke tanah perkuburan (contoh), kalau ada di antara mereka (kenalan, keluarga, saudara mara kita atau etc) yang menyebut mengenai keburukkan kita, maka akan dipegang penyaksian itu oleh Allah s.w.t dan di bawa ke hari Pembalasan, maka kalau baik Penyaksiannya, akan menjadi Syafaat kelak buat si mati.

Oleh itu, mulut jangan macam longkang, hehe. Walaupun si mati ada buat salah, atau kita tak berkenan dengan dia semasa hidupnya, maafkan la dia, dan istighfar untuknya daripada kita mengucapkan benda yang tak baik.

Bila Ustaz ni sebut je istighfar ni aku terus catit, tapi malangnya tak dapat tangkap, sebab Ustaz baca laju sangat, lalu aku google dan jumpa. Baru-baru ini, (bulan 10 tahun lepas), nenek aku meninggal dunia, aku sedekahkan istighfar ini buat arwah, semoga Allah swt ampuni dosanya, kurniakan rahmat dan seperti dibawah.

Istighfar untuk orang lain yang telah mati-bagaimana caranya?

Bacalah doa ini, "Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" - "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."

Baca selanjutnya di link ni: (klik sini)
http://whitewakgreen.blogspot.com/2011/06/bahagia-dunia-dan-akhirat.html


Ikhlas,
Ifa Z

Wednesday, 16 July 2014

Buka Puasa di Surau

Salam

Semalam aku guling2 atas katil sampai pukul 2 pagi sebab tak boleh lelap mata. Mungkin perasaan teruja tu belum hilang oleh kerana pertama kali dapat merasa buka puasa kat surau. Jauh surau aku pergi semalam, kat PJS 1. Kawan aku yang ajak pun, sebab dia dah dua hari berbuka kat situ dan makcik surau tu suruh datang lagi. Siap beritahu menu untuk semalam Buka Puasa dengan Nasi Ambeng dan Moreh dengan Laksa. Pakej lengkap kan. Sebenarnya surau ini kat sebelah dia ada Maahad Tahfiz. Sebab tu ada buka puasa hehari. Tak semua surau dan masjid ada sediakan jamuan berbuka puasa. Dekat Setia Alam ada sediakan jamuan berbuka puasa tapi aku selalu segan nak pergi sebab tak ada geng.

Semalam pun aku malu jugak dengan makcik-makcik kat situ, tapi act like a women! Beramah mesra, makan sopan-sopan, tapi yang tak boleh cover, nasi dalam pinggan selonggok hah menggunung. Adehhh! Pastu aku jenuh nak habiskan, tapi kalau sesape yang selalu berbuka dengan aku mesti faham, aku ni jenis makan banyak dan lambat. Yela, aku makan sekali je, itupun waktu berbuka, waktu bersahur selalunya aku dah tak selera nak makan nasi sebab kengkadang malas nak panaskan lauk (ada microwave pun malas lagi, aku tak boleh terima hakikat panaskan lauk dalam menatang tu, aku mesti nak panaskan atas kuali), akhirnya sahur aku amik pahala sunat, minum air beberapa teguk dan makan kurma. Nak pahala.

Semalam ada perkara kelakar, seriously aku tergelak2 je while driving on our way to Surau tu. Aku dari Setia Alam, amik member, Ana kat Seksyen 7, Shah Alam, lepas tu aku buat jahat, aku ajak Ana pergi Plaza Alam Sentral(PAS) dulu. Sebab awal lagi masa tu, baru pukul 530 petang. Hehe. Aku cakap kat Ana, jangan gitau Fara (kawan kami yang pelawa berbuka kat Surau PJS 1, dia memang duduk area situ, Kondo kat depan Surau tu) sebab aku rasa bersalah la janji nak datang kemain awal namun akhirnya kerana godaan Syaitan maka aku singgah PAS dulu nak cari kain untuk baju Melayu anak-anak buah. Bak kate orang kampung, aku ni suka drinking the water in pool while swimming. Haks.

Terus la menuju ke PAS, masuk-masuk terus straight pergi Nagoya, cari kain dan tanpa ku sedari, jam dah pukul 6.20 petang. Kelam kelibut kami rushing pergi carpark, dalam Lift aku menggagau nak tekan button level mana aku parking, lupa!. Tapi oleh kerana, kebiasaannya memang parking kat B1, so konfiden la tekan. Pada masa yang sama, Ana siap-siap dah keluarkan tiket parking konon nak bersiap sedia nak bayar parking. Huwawa.

Kami pun dengan gagahnya keluar lift, lalu menuju ke kereta dengan yakin sehinggalah bila dah parking sebelah kaunter tiket, Ana menggagau menyeluk segala jenis poket yang ada dalam beg tangan, termasuk poket seluar dan tak lupa purse dia, tak jumpa jugak tiket tu. Aku rileks lagi, sebab sebelum ini Ana pernah je tetiba kehilangan secara sementara kad Touch n Go dia. Masa tu aku memang tengah duduk dalam Tol tunggu dia cari je. Nasib baik dah pukul 12 lebih masa tu, malam tak ada orang lalu tol, aku pasang Emergency Signal siap2, supaya dorang tak masuk tol tu. Ada la dalam beberapa minit baru jumpa kad tu dalam beg dia, ke or terselit dalam casing handphone, aku tak ingat dah. Kali ini aku macam yakin la kad itu ada terselit kat memana partition dalam beg tangan dia. Okay, tapi lepas beberapa kali godek2 memang tak ada. So, aku pun u-turn balik kat kawasan parking, kawasan kami berjalan kaki dari lift ke parking, dan akhirnya aku parking sebelah pintu masuk ke lift, aku suruh dia masuk cari kat koridor luar lift dan dalam lift sekali. Tapi malangnya tiada.

Aku tanya, "Ana dah cari dalam lift tak?"

Ana jawab, "Ana dah tekan, tapi lift lambat sangat, so ana pergi la"

Aku jawab, "Kalau kita tunggu lift tu dalam situasi macam ni memang terasa lama. Haha"

Jadi, pengakhirannya, kami redha dengan kehilangan tiket itu lalu menuju ke kaunter tiket dan terpaksa membayar RM20 di atas kehilangan tiket.

Pukul 6.45 petang baru gerak dari PAS terus pergi PJ. Kelakar rasa sebab kononnya nak menipu Farah kata jalan jem, tapi padahnya tiket parking hilang. Sepanjang perjalanan aku gelak je, aku tak marah pun kat Ana, sebab aku rasa momen ni melucukan. Tak pernah2 dibuat orang tiket parking yang dipegang kat tangan boleh tercicior. Aduih.

Dalam 7.15 baru sampai surau. Nasib baik tak lambat, ada lagi 15 minit sebelum waktu berbuka.

Lepas buka, solat Maghrib, usai solat, sambung makan kuih, kemudian tolong mop lantai sikit sebab ada air tumpah, aku hampir tergelincir kot, lepastu makcik2 kat situ, semua pakat cakap, "Calon pilihan", "rajin anak dara ni"..

Adeh, awkward jadi eh...

Sambung dengan solat Isyak, Terawih 4 rakaat dan diselangi dengan tazkirah, mulanya kata 1/2 jam je, hamikkk habis tazkirah pukul 10.45 mlm kot. Pastu sambung 4 rakaat terawih + 3 Witir. Lepas solat makan moreh, dalam 1130 malam terus hantar Ana balik Seksyen 7 dulu.

12.15 malam sampai rumah. Sedih je rasa, polis buat roadblock kat Setia Alam, delay la 10 minit.

Sekian.

Monday, 14 July 2014

Senyum juga sedekah

Hi,

Perkara yang aku paling suka buat pepagi adalah dengan senyum dan tergelak. Sebab itu, sekarang bila merasa perjalanan ke tempat kerja selama 1 jam lebih (included slow traffic) pada waktu pagi, aku sempat la dengar radio lama sikit. Aku always tune to Fly FM. Dunno why, hati terhibur dengan Ben and Hafizzzzz! Breakfast Show!. (eh betul ke Breakfast Show?) Kenkadang dah tertukar dengan segmen pagi radio lain.

Paling favourite dengar slot Krappi Call...dong krappi dong dong...

Pepagi harini, aku sampai awal, semenjak bulan Ramadhan ni aku gerak p kerja pukul 6.50 pagi macam itu. Pukul 730 lebih aku da sampai parking. :) Masuk office aku selalunya akan online freestyle! (sementara tunggu 8.30 am)

Harini aku tengok tutorial cara menjahit Baju Melayu kekanak!.

Hajat raya tahun ni nak tengok anak-anak buah pakai baju melayu Maklang dia jahit. Dah offer diri dekat ibu dorang, siap dah amik measurement. My idea was to match baju melayu with pelikat pants. Harapnya menjadi la eh baju melayu aku tu nanti.

Rindu betul pada Irfaan (abang), rindu pada Irsyaad (baby - 3bulan) belum terasa sangat sebab dia tak pandai bercakap lagi. Hehe.

Lagi, bukan sahaja untuk anak buah, teringin jugak nak jahitkan baju untuk adik perempuan. Mulanya nak jahit untuk adik je, tapi kakak pun nak aku jahitkan jugak, so aku ni memang susah sikit nak menolak. :'( Sekarang aku yang stress sebab kena manage my time wisely, diantara terawikh, menjahit, makan dan tidur. Haha. Perghhhh hebat betul penangan Raya kali ini sebab first raya aku pandai menjahit.

Hutang yang kena dilangsaikan sekarang adalah:

1) Sarung tilam and bantal baby Kak Zu
2) Maxi Dress Aina
3) Sensory Box untuk Izz Raimi (anak Dr. Ezy)

Hutang pada diri sendiri:

1) Telekung
2) Baju Raya aku dan adik (Merah dull)
3) Baju Kenduri Akikah Ahmad Irsyaad (Aku, adik and Kakak) (Green Apple)

Setakat ini itu je kot.

Till then,
XoXo

Monday, 23 June 2014

Floria Putrajaya 2014

Hi dan Assalammualaikum wbt.

Semalam aku pergi Floria for the very first time in mai life. Weekend ni memang terbaik sebab double migrain weekend. Sabtu aku migrain sebab balik dari Kursus Green Card CIDB pukul 430 petang camtu, panas terik, memancor kat muka. End up, aku tidur je masa tengok starlight cinema malam tu. Kalau dah migrain, ubatnya tidur je selain telan uphamol. Aku dah latih diri, untuk makan ubat bila worse case scenario je. Kalau ada masa, baik tidur, tapi kalau aku bangun tidur masih migrain, dan perlu pergi kerja, aku kena makan ubat, kalau tak kepala aku nanti duduk atas meja, tidur. Apa pun tak boleh.

Ahad, migrain sebab gerak pergi Putrajaya pukul 2.30 pm camtu, gila panas, for sure. Lepak sana sampai pukul 11.30 pm baru gerak balik. Masa drive balik tu, denyut nyut nyut dah kepala. Sabar kan je. Dalam hati rasa nak suruh je kawan drive, haha.

Berbalik kat event Floria Putrajaya ni,

Kawan office kata, sebelum ini masuk Floria free, tapi tahun ni mula dikenakan admission fee sebanyak RM3 untuk dewasa, RM2 untuk kanak-kanak 12 tahun dan ke atas. Kesimpulannya, jangan datang hari terakhir event la, sebab banyak rumput or pokok yang kering, landscape yang dah berterabur. Kalau boleh, datang la hari2 terawal. Tapi yang paling terbaik pasal Floria, tempat makan dia comfy, ada banyak kipas, banyak stall, banyak choice, banyak kenyang. 

Aku tak dapat nak datang weekdays, sebab kerja kan, malam untuk rehat, Weekend lepas aku ada hal, tengok starlight cinema, dan entertained kawan yang dah nak balik Sarawak.

So, here we go! Semalam, 22 June, aku berjaya menjebakkan diri ke Floria bersama rakan baikku di Matrikulasi Perak '07 - '08. Dulu aku stay P3, dia stay kat P1. Kami sama kelas tutorial, TB31. :) Nama dia Badariah, nickname Bada. Dia baik, sweet and cute, also keibuan. Harhar. Since harini kerja, aku malas nak balik Setia Alam, aku tumpang tidur kat rumah sewa dia di Pantai Dalam. Ho yeahhh! Pergi kerja tak perlu redah jem dan toll. :) I wish I could live with her until the day i've to leave KL/Setia Alam around September. Huhu.

Nice knowing you Bada. Love ya.

Eh eh, maaf, yang ada kaitan pasal Floria, cuma satu paragraph saje, dah siap BOLD. Jangan mare.







Till then,
Chao.

Tuesday, 17 June 2014

Petai-petai

Harini pening kepala aku, denyut nyut nyut.

Itulah padahnya bila makan petai tak hingat mati. Haha.

Harini NKVE jem setia alam sampai subang, LDP jem gila, sebab lori trailer terbalik bawah terowong damansara utama.

Kesimpulannya, semalam dan harini aku still blues. *sigh*

Sekian..

Friday, 6 June 2014

Resipi Laksa Goreng

Repost: 2 Julai 2013

Resipi Laksa Goreng 15Minit
Salam,

Pagi tadi aku sempat goreng laksa. Kalau korang pernah tengok dalam Jalan Jalan Cari Makan, masa season yang dipengacarakan oleh Serina Redzuawan, dia ada review laksa goreng yang dekat Lumut@ Pulau Pangkor, aku tak berapa pasti. Perghhh nampak sedap.

Lepas tu, baru-baru ini aku ada tengok Best In The World, tapi tak pasti siaran ulangan atau season baru. Review laksa goreng juga, tapi kedai cina somewhere kat Subang USJ15 mungkin. Nampak sedap jugak.

Okay kali ni, laksa goreng live in Blog aku! Wakakakaka. Masak dalam masa 15 Minit.

Aku dah siap pakai baju, tudung dalam pukul 725 pagi, terus turun bawah, pergi dapur. Dalam peti sejuk memang dah ada Laksa satu bekas (untuk dua orang makan). Dalam satu tupperware penuh dengan timun, daun pudina, bawang besar, cili, dan daun bawang yang sudah dipotong. Semalam petang aku potong bawang putih dua tiga ulas, masuk dalam tupperware tu sekali. Dah settle barang-banang nak tumis. Hehe. Kekdahnya, semua ni hasil lebihan aku masak laksa masa hujung minggu. So, aku ter Randomly terfikir untuk masak laksa goreng since tak pernah cuba. Pagi tadi, aku sempat hancurkan tauhu separuh biji dan separuh genggam taugeh. Semua separuh sebab nak jimat. Bujang yoooo!

First step:

Panaskan minyak atas kuali. Masukkan bawang merah dan putih, tumis sampai naik bau. Masukkan tauhu yang hancusss tadi. Lepas tu, sos tiram, dan kicap pekat, agak-agak dah boleh, masukkan pulak laksa, hihi. tak lupa masukkan cili.

Second step:

Masukkan air sikit, bagi laksa tadi kembang sikit, masukkan daun bawang dan taugeh. Kacau sempurna dan laju-laju sebab taknak melekat dekat kuali. Api aku pasang besar-besar sebab nak ada ala-ala Char Kuew Teow. haha. Masukkan kicap lemak manis pulak...sampai hitam seperti yang kau idamkan. Aku suka hitam-hitam.

Third step:

Masuk dalam tupperware breakfast aku, letak timun yang potong panjang untuk makan dengan laksa utara tu tadi dengan daun pudina dia atas. Longgok je dekat atas laksa goreng tu. Perghhh! Menjilat tappauuuweyh.


Sekian. Senang je kan??? Bujang style yooow.
In Shaa Allah, kalau masak sambil senyum dan ikhlas, semuanya jadi sedap!. Peace.

Gambar laksa goreng akan di upload kendian. Maseh.

Fahami maksud ayat Al-Quran

Repost: 23 Julai 2013

Faham Al-Quran, Allah swt makin sayang
Salam,

Semalam adalah hari kelima aku bertarawih, Masya-Allah walaupun semalam masuk hari ke-13 Bulan Ramadhan namun aku baru berjaya memperoleh 5hari pahala solat sunat tarawih. Hishh hishhh hishhh.

Tazkirah semalam pasal Al-Quran, Ustaz tu kata, kalau kita sekadar baca Al-Quran tapi kita tak faham dan menghayati, kita cuma dapat pahala baca Al-Quran je la semata-mata. Tapi, kalau kita belajar dan memahami maksud ayat Al-Quran, kita dapat lebiiihhhhh banyak ganjaran, malah Allah swt makin sayang dekat kita. Ustaz cakap kalau nak pupuk rasa kasih sayang Allah swt pada kita melalui Al-Quran adalah dengan membaca tafsir Al-Quran (sambil baca, kita tengok maksud), ini cara kalau kita nak telaah kat rumah sorang-sorang. Bak kata orang, berbuat iffah. (beribadat ketika berseorangan).

Namun, cara yang paling effective adalah dengan pergi ke kelas pengajian Al-Quran dan Sunnah. Cara ini paling proper, dan semoga tak sesat la kalau kita belajar sorang-sorang, kang lain yang Allah swt nak kita faham, tapi lain pulak yang kita faham.

Ustaz tambah lagi, Al-Quran ini ada banyak kisah, iaitu hasanatul qisoh (kisah-kisah yang baik). Kalau kita baca, banyak pengajaran kita boleh dapat. Contohnya dalam surah Yusuf. Dalam satu surah tu je semua cerita pasal Nabi Yusuf a.s. (Ustaz bagi contoh ini sebab kebetulan malam tadi, imam baca surah ni)

Tetiba ustaz kata, macam sekarang ni ramai orang yang nak umpamakan/mencontohkan Nabi Yusuf dan Zulaikha sebagai pasangan yang paling indah. Maka Ustaz kata, saya tak 'Amin' kan doa kalian, kalau korang nak umpamakan pasangan seperti itu. Tapiiii, saya 'Amin' kalau kamu kata, kamu nak mencontohi seperti Nabi Adam dan Hawa, Nabi Muhamad saw dan Saidatina A'isyah mahupun Saidatina Khadijah. Saya 'Amin' kan.....(ustaz cakap). Boleh baca dekat sini(klik), kalau nak tahu kisah lanjut Nabi Yusuf a.s. dan Zulaikha dalam AQ.

Jadi, kat sini saya nak cakap, cerita dalam Al-Quran adalah tak lebih dan tak kurang. Allah swt Maha Mengetahui, kenapa cerita yang ada dlm AQ itu tidak secara berlebihan, dan setakat mencukupi untuk kita semua tahu. Contoh lagi, pada zaman Nabi Musa, dalam Al-Quran tak beritahu pun laut mana yang dibelah.... Maknanya kat sini, cuba kita bayangkan kalau Allah swt mention dalam AQ, mesti ramai pulak orang yang berbuat perbuatan syirik kat laut tu, mana tahu mereka nak mintak nombor pulak..or baling syiling dalam laut.?? mahupun baling batu leper, supaya melantun tiga kali dalam laut??? erkkkkk...ni macam....

Lirik Pesona Zulaikha - Suhaimi
Indah wajahnya gamit pesonapedih jemari terluka tidak terasaanggun tingkahnya runtun jiwamuadakah malaikat menjelma manusia
Saat kau turutkan perintah nafsumuenggan dia tunduk pada godaanmudihasut amarah kau lontarkan fitnahterpenjara Yusof pertahan imannya
Begitu cinta si Zulaikhatega mendamba kekasihnyahingga tenggelam dalam amukan rindunyanamun tika datang cahayadari Cinta segala cintaseluruh jiwa kini hanyalah Khaliqnya
Berganti rayu pada yang Satubasah bibirmu meratib asma' yang Esahati yang tulus rindu yang Qudusinilah cinta yang sebenarnya cinta
Dalam kehilangan kau temui imantidak dibiarkan engkau kehancuranYusofmu di sisi Tuhanmu di hatihanya pengabdian bukti kesyukuran
Oh Zulaikha, engkau alihkan cintadari cinta hamba ke Penciptanyarindumu bukanlah pemusnah diritetapi penemu Cinta Hakikioh Zulaikha, kisahmu mempesonakisah cinta yang akhirnya bertemu cintaNya

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-pesona-zulaikha-suhaimi.html#ixzz2ZpT8EagP

Sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah swt, dan segala kelemahan itu datang dari aku sendiri. Kalau ada tersalah fakta, komen ok. Syukran Jazilan.

Mengejar Lailatul Qadar

Repost: 30 Julai 2013

Salam,

Lailatul Qadar.

Tahun ini tak seperti tahun-tahun lepas, aku harapkan tahun yang lebih baik berbanding dulu. Manusia perlukan perubahan, semakin hari menuju ke arah kebaikan. Tolong ingatkan aku jika aku terlupa. Tolong sedarkan aku jika aku masih berada dalam kejahilan. Kalau tak mendalami, sampai bila-bilapun, aku akan hanya berada di permukaan.... Adakah cukup hanya di permukaan? Asyik nak "snorkeling" je, takkan tak teringin nak "diving" pulak kan? Hehe pandai-pandai je aku letak perumpamaan....

Malam ini Ramadhan yang ke 22.
Sebenarnya aku a bit confused. Dalam kalendar tulis 21 Ramadhan untuk tarikh 30 July 2013. Tapi malam ni lepas maghrib kita dah masuk 22 Ramadhan kan? Aiyaaaarkkkk ape ni, dah besar panjang pun tak tahu kira lagi.

Allah swt dah mudahkan kita, dalam hadis dah sebut, Malam Al-Qadar jatuh pada hari/malam ganjil, contoh 21, 23, 25, 27, 29. So dalam kes aku yang still tak dapat memastikan kiraan, aku haruslah bersungguh pada setiap malam 10 terakhir. Jangan salah faham, kalau tengok ada pokok sujud, cek betul-betul mana tahu pokok tu baru lepas kena tebang atau tumbang kena tiup dek angin. Hehe (Ustaz wat kelakar semalam).

Aku sebenarnya dah skip beberapa hari jugak kan tak tulis update pasal tazkirah aku setiap malam tarawih. Oleh kerana aku lupa bawak note aku, aku tulis tazkirah semalam je la, disampaikan oleh wakil dari Aqsa Syarif. (tak tahu eja betul tak). Dia kata, kita berpuasa, mencari lailatul qadar dan juga beribadah ni semua kalau boleh janganlah secara individu, buatlah secara berjamaah. Kita kena ubah mindset kita, semua ibadah yang kita lakukan ini adalah secara ummati. Dalam erti kata lain, contohnya puasa ini mengajar kita supaya dapat merasai perasaan mereka di Syria mahupun Palestin yang hidup dalam keadaan darurat. Kita tak tahu mereka makan ke tak. Oleh itu, setiap kali solat, tolong doakan mereka di sana semoga selamat. Dalam mencari lailatul qadar jangan bakhil, jangan doa untuk diri sendiri. Sentiasa doakan orang lain, minta Allah swt ampunkan dosa kita, ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan, dan tak lupa doakan saudara-saudara Islam kita di sana(Syria, Mesir, Palestin, Thailand, Indonesia dan etc)

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” Firman Allah swt (Surah az-Zariyat; Ayat 15-18 )

Terasa bertuah sebab dapat menjalani bulan Ramadhan tahun ini, rasa sedih kerana Ramdhan bakal meninggalkan kita. Entah kita berjumpa lagi di masa akan datang.... Aku baru terbaca mengenai Qailullah, iaitu tidur di waktu siang, selama beberapa minit (10-30 minit) sebelum masuknya waktu solat Zohor. Jangan lupa berniat untuk ganjaran pahala.

“Daku tidur sebentar kerana hendak bangun beribadah tengah malam ini, kerana Allah Ta’Ala.”

Atau:~

“Daku tidur sebentar dan mohon terbangun tengah malam ini kerana rasa imanku terhadap-Mu (Allah) dan untuk mendekatkan diri denganMu.”

Tidur siang ni sebagai pengecas untuk kita cergas pada waktu malam.

Wassalam.
Sumber : http://shafiqolbu.wordpress.com

Thursday, 5 June 2014

Amalan Alim Ulamak

Repost: 1 Ogos 2013

Salam,

Ramadhan ke-23.

Sekadar perkongsian ilmu yang aku peroleh semalam, daripada tazkirah Ustaz Asyraf. Solat sunat terawih semalam seperti hari-hari biasa, tetapi bila part sunat witir, ada macam sedih sikit, sebab kalau tak silap(aku agak), Ustaz Asyraf ini yang imamkan, masa baca Doa Qunut, di rakaat witir ketiga tu, beliau baca doa sampai menangis. :( Kat sini, aku dah sedar, betapa pentingnya kita mempelajari Bahasa Arab. At least, kita faham apa yang kita doakan.....kita faham Ayat-ayat Al-Quran yang kita bacakan... Ya Allah, semoga kita semua sentiasa mendapat keredhaanMU dan keredhaan sesama Manusia.

Bagi mendapatkan keredhaan sesama Manusia, jangan menyakiti hati mereka sehingga mereka tidak Redha, jika ada, segerakan meminta maaf. Pagi ini kita mungkin masih bernafas, mungkin Petang ini kita sudah di dalam kubur. Lagi satu, Ustaz ada beri tips, ketika bersalam, pandang mata kawan tu, dan ucapkanlah 'Maafkan saya, doakan saya'....sekurang-kurangnya sedekahkan Al-Fatihah.

Ok berbalik pada amalan alim ulamak yang Ustaz ajarkan semalam,

1) Angkat tangan kanan

2) Letak di dada kiri (rasakan degupan jantung)

3) Baca Istighfar (3x)

4) Baca Surat Ash-Sharĥ (The Relief) - سورة الشرح sehingga Ayat ke-enam, kemudian berhenti sebentar.

5) Pejamkan mata.

5) Berdoalah kepada Allah swt.. Cth: Ya Allah swt, bersihkanlah titik-titik hitam dalam hatiku ini, Ampunkan dosa-dosa ku, ibu bapaku, adik beradik, rakan-rakan, Berkatilah umur kami, dan sebagainya.

6) Selesai berdoa, buka mata, sambung dua ayat terakhir surah di atas. Amin

7) Tiupkan doa tersebut di tapak tangan kanan tadi, kemudian letak kembali tangan di dada kiri.

8) Selesai. (langkah 2 hingga 6, pastikan tangan kanan tu sentiasa di dada kiri, rendahkan diri pada Allah swt, In Shaa Allah....)


Wassalam. Maafkan di atas segala kekurangan saya, sesungguhnya segala yang baik datang dari Allah swt, dan doakan saya. Terima kasih.

p/s: kalau ada salah silap, beritahu ye.

Monday, 26 May 2014

Very bored weekend

Hi,

Hujung minggu kelmarin yang membosankan. Haha. Penuh dengan anti-sosial.

EAT.SLEEP.SEWING.REPEAT

Dari Sabtu sampai Ahad, aku memang terperuk kat rumah sensorang. Kalau aku mati kering pon mesti tak ada siapa sedar sampailah housemate balik rumah mungkin. Sambil buat kerja-kerja jahitan aku tengok TV, kekadang tengok movie kat HBO, pastu The Return of Superman (Korean Reality Show), dan kemudian lewat malam aku tengok Running Man. Most of the time aku banyak tune to channel KBS or ONE.

Apa ke gila, sekarang dah minat tengok korean show/drama balik. Aku selalu terlepas nak tengok GAG Concert. Adehhh...

Tolonglah doakan aku berjaya dalam industri jahitan ni yea. :) Peace.


Sekian.

Friday, 23 May 2014

Pasta Carbonara Bujang



Salam Morning,

Yahoo, dah pukul 11.24 pagi, lagi satu jam boleh keluar lunch. Is it too obvious, i do blogging during my working hours? Hehe. Aku baru mula kerja kat tempat baru ni dua minggu, my job scope meant to be in Site based. So, apa la yang aku boleh buat kat HQ ni. Di suruh baca report, dah habis aku brain-scanned. :)

Okay, tujuannya nak share resipi, tapi bukanlah resipi sangat, kalau dah guna pun barang instance.

Bahan-bahannya:

Butter
Pasta (Spirals)
Carbonara Prego
Mixed Vegetable (Kernel corn, Carrot, Peas)
Chili flakes (guna leftover Domino's)
Cheesedale

Caranya:

Rebus pasta (spirals) dalam air mendidih, masukkan minyak a few drops. (sampai lembut, then tos)
Cairkan sedikit butter, masak mixed vegetable tu dulu sampai agak layu.
Masukkan sos carbonara, masuk chili flakes, letak la sikit pepper kalau suka.
Masuk pasta tadi.
Tutup api, letak cheesedale yang dicarik2 kat atas.

Ntah ape rationale letak cheesedale, hehe. Kalau ada parsley flakes, boleh tabur kat atas.

Dah siap, makan!!.


Masak Lemak Labu Terengganu





Salam Morning,

Seronoknya perut daku lepas dinner semalam dapat makan masakan favourite ni. Mesti korang tertanya-tanya apa bezanya terengganu style cooked dengan masak lemak biasa tu. Okay, meh terus pergi ke bahannya.

Bahan-bahannya:

Labu (1/3 labu besar-potong dadu)
Kelapa parut (1 biji-perah untuk santan)
Bawang merah (5 ulas)
Lada hitam (ikut suka)
Cili padi merah vietnam yang super hot (Letak 3 tangkai je, hehe)
Isi ikan selar (1 ekor, saiz besar gak ni)
Kunyit hidup (1inch or less) @ Serbuk kunyit

Caranya:

Stim/kukus labu dan ikan selar.
Tumbuk ( Bawang merah + Lada hitam + Cili Padi + Isi ikan Selar + kunyit hidup )
Panaskan kuali, masukkan santan tadi. Api jaga.
Masukkan bahan yang ditumbuk.
Api jaga.
Agak-agakla kuah masak lemak tu dah didih, masukkan labu.
Sentiasa kacau, sebab takut pecah minyak.
Dalam 5 minit or less, dah boleh tutup api.

Sedia untuk dihidang, ngapppp! Lagi sedap, makan dengan ulam timun (kalau orang terengganu timun ni tembikai), ikan selar goreng dan cicah sambal belacan.

Terangkat kening macam kak Ziana Zain masa makan weyh.
FYI, aku orang Perak yang duduk Negeri Sembilan, langsung takde darah Terengganu, kalau resipi ni kureng, boleh komen yea. Sharing is Caring is Loving. Mmuah!

Yummmy,
ZZ

Thursday, 22 May 2014

Resipi Pumpkin Soup


Bahan-bahannya:

Pumpkin (Potong dadu)
Onion (Potong kecik2 - chopped very finely)
Potato (Potong dadu)
1 Tablespoon butter
1 Pinch of salt
1 Pinch of pepper
Fresh milk
Cream

Cara-caranya:

1) Tumis labu + onion + potato dengan butter
2) Agak da masak, sejukkan
3) Blend
4) Masak atas api + cream + fresh milk + salt + pepper

Sentiasa kacau, jaga api.

Siap, hidang dengan baguette w garlic spread.

Garlic spread: tumbuk beberapa ulas bawang putih dan gaul dengan butter. Sapu atas baguette, bakar sekejap dalam oven.

Sukatan tu semua boleh main agak ikut suka hati engkorang. :) no rules! Boleh modify kalau nak bagi baby makan. Tapi orang kata labu ni angin. Cooking cream tu kalau letak banyak, nanti soup memang akan pekat likat bercreeeaaammm ah.

Yummmy,
ZZ

Wednesday, 21 May 2014

Saya Jual: Maxi Skirt RM30

From left:
1. Shocking Pink - SOLD OUT
2. Turquoise? Maybe hehe - SOLD OUT
3. Mustard Yellow - SOLD OUT
4. Hijau ape ntah ni. - SOLD OUT
5. Peach pekat - SOLD OUT
Salam Sejahtera,

Hi, dah lama gila aku mulakan projek menjahit maxi skirt ini, since November 2013 yawwwl. Baru sekarang la, aku siapkan 6 helai. Sehelai aku da pakai sendiri. Dan ada lagi sehelai aku belum jahit, warna maroon. Haruslah aku beritahu, menjahit ini hobi masa lapang aku a.k.a part timer la kot. Ini pertama kali aku jahit skirt kembang ni. Aku letak lining (lapik dalam) supaya tak jarang, but still, tolonglah pakai kain dalam atau seluar panjang dalam, sebab aku, kalau pakai skirt, mesti nak pakai seluar kat dalam (seluar panjang hokey) sebab kita pun tak tahu kain tu boleh terselak ditiup angin atau ia mungkin masih jarang bila dibawah sinaran matahari atau worst-case senario, kita jatuh tersembam di tangga mahupun jalan yang rata. Ala, seluar dalam yang macam palazzo tu, tapi ala-ala2 je la, tak berapa kembang. 

Sorry nampak selekeh, skirt tu sapu rumput, sikit terlondeh dek terlompat-lompat tak sat sebelum.
Blouse tu pun aku jahit sendiri, comfy sangat, guna material opel.
Opel? Ala dulu famous kot, mak mak mesti wajib ada. Mahal jugak. Bunga timbul.
Tak tahu, google.
RM16 semeter (max) Nak order? :)

Ok, kalau nak boleh tinggalkan komen ye. :) Terima kasih daun keladi. 

p/s: Warna maroon, aku update later once siap. Postage fee: Poslaju Prepaid - RM6 (sehelai), berhelai-helai (ikut berat)

Tatatititutu.

Tuesday, 20 May 2014

Resipi Mashed Potato with Black Pepper Gravy


Salam Sejahtera,

Bahan:
Salad (3 jenis seperti dalam gambar)
Baby Tomato
3- 4 biji Kentang AUS
7 Ulas bawang putih
Nugget
Salad Dressing. Kewpie Smoked Sesame (kot nama dia) - sedap

Gravy:
Black pepper (bukan yang halus)
Butter
Kicap (guna a few drop je)
Tepung jagung (nak bagi pekat)

Cara-caranya:

Mashed potato:

Rebus Kentang dan Bawang Putih
Tumbuk dalam lesung batu
Dan bagi serbuk pepper sikit
Letak garam sedikit

Gravy:

Cairkan butter
Masuk black pepper
Masuk air sikit
Kicap few drops
Bancuhan tepung jagung setengah sudu kecil (ikut kesesuaian) - tahap kepekatan diingini
Letak garam gula kalau nak, sukatan ikut tekak memasing.

Salad:

Potong Salad
Baby tomato potong dua
Gaul bersama Dressing Kewpie

Baru letak Nugget dah goreng di potong2 dadu (letak last sebab tak suka nugget ni menyerap rasa dressing tu)

Siap, hidang, makan, kenyang, sekian.




Thursday, 23 January 2014

Kelopak Mata Berkedut

Salam,

Hari ini memang hari yang sangat kelakar.

Beberapa hari lepas, aku mengalami mata berkedut-kedut, means macam terasa ada getaran dekat bahagian mata, mula-mula sebelah kiri, sehari selepas tu sebelah kanan pulak.

Masa kedut sebelah kiri tu, macam dah cuak, nak nangis sebab apa ni? Huuu tak nakkkkk...

Orang kata:   (diulangi, orang kata....) tak semestinya betul...

Kedut sebelah kiri: akan nangis, sedih
Kedut sebelah kanan: akan gembira


So, aku pun dah confused.


Tak sangka harini semua tu dah terungkai. Sekaligussss, Allah swt bagi cash. I am so luckyyyyyy!.. :)

Harini aku ada kursus dekat Office, so memang tak duduk depan PC la kan, bila masa tea break, aku naik atas, check email, terkejut dapat email 'Notis Pembayaran EFT'...selalunya kalau dapat gaji, memang akan dapat email notification macam ni. Harini bukan hari untuk dapat gaji pun......

Aku terkejut, terus buka email, tak sangka, aku dapat bonus rupanya.!!! Happy tak terkata, Alhamdulillah. Sebab sejak balik dari Terengganu dan Sabah, aku memang running out of money. Heee overspent? tak sedar diri? Walaupun bonus tak setanding pekerja tetap, tapi berharga sangat. Rasa juga la diri kita ini ada orang yang masih kesahhh kan...

Happy sangat, rasa macam nak nangis.....sebak... Terima kasih Allah swt.

So, masa ini aku dah dapat figure it out, mungkinkah ini happy dan sedih yang aku akan dapat....
Okay fine, mengucap syukur lagi....

Bila dah habis masa tea break, aku pun turun lecture hall semula...

Aku excited terlebih sikit.....FYI, pintu kat office memang semuanya Glass Door. Benda ini memang pertama kali, aku tak sedar pintu tu sebenarnya tertutup, lepas tu aku langgar pintu kaca tu.

Seriously, tahu tak kenapa aku over confident dan terus langgar/hentam?

Sebab masa pagi pukul 830 am kursus tu bermula, member aku swipe access card masa nak masuk, padahal glass door tu dah tersedia terbuka. In my case, aku dah confident pintu tu terbuka sebab ada kursus, senang orang nak keluar masuk, so aku terjahhhhh je....

Gedegangggggggggggg!!! Kuat sangat bunyi, sampai akak Cleaner pun boleh dengar, siap datang tengok...

Masa itu boleh pulak aku fikir malu......sakit bergerak ketepi pintu, tapi aku macam tergamam, terus tunduk, tangan pegang stand signage tu, member ni dah start cakap.... 'Sakit tak?....Sakit tak?...."

Aku cakap... "sakit.....bergegar otakkkkk"...(air mata mengalir).. Tetiba, bos aku (pangkat Datin, dan sangat motherly) datang, terus tanya, dan usap kepala aku...sebab takut bengkak terukkkkk.....

Akak cleaner pula bagi cadangan, usap kawasan yang terhantuk dengan rambut, untuk elakkan bengkak, tapi aku tak boleh nak buat, sebab malas nak bukak tudung. hihih. degil....

Lepas tu member suruh aku naik atas, letak ais, aku pun tonyooohhh ais, perghhh pedih...(sebab sejuk sangat) haha.

Turun bawah, masuk kursus macam biasa!.. hehe. Cooolllll......kepala rasa macam migrain. Tapi tak teruk, sekejap je, lepas tu tinggal benjol, pening tiada lagi. :)


Lepas tu, aku tanya member! Dia kata, dia pernah terhantuk dinding, sebab tu dia faham perasaan aku tadi, dan nampak caring sangat. Actually, air mata yang mengalir tadi spontaneous, bukan sebab sakit pun, tapi once people surrounding show empathy, kita akan rasa sedih....... That's what I felt just now....

Kesimpulannya, memang aku dah dapat kedua-dua nikmat tersebut serentak hari ini. Happy dapat bonus, sedih sebab terlanggar/hentam glass door.


p/s: patut la dalam youtube ada kes orang terlanggar pintu kaca, seriously, tak nampak, sebab ia transparent......


Anyway, thanks blogger.
De Durrani

Tuesday, 21 January 2014

Resipi Nasi Kerabu Simple




 Salam,

First of all, i'd like to thank my dearest friend Nur Atiqah for sharing this easy breezy recipe.
I wish her and family a wonderful life ahead. May Allah swt Bless U and family.

Ucapan macam terima award!.



Straight forward, bahan-bahannya...

Kelapa dah parut
Ikan kembong/selar
Bawang merah dan Putih
Garam
Halia
Lengkuas
Cili kering
Santan pekat
Ulam-ulaman (cincang halus)
Budu
Cili merah (besar)

Untuk sambal kelapa yang makan dengan nasi tu,

Kelapa parut - goreng dalam kuali tanpa minyak
2 ekor ikan kembong/selar - rebus dan ambil isi, tumbuk
Bawang merah - tumbuk
Garam - secukup rasa


Untuk kuah tumis,

Kisar:
Bawang Merah, Putih, Halia, Lengkuas, Cili kering.

Tumis bahan yang dikisar tadi, kemudian masukkan santan, tumis sampai pecah minyak, jangan lupa kacau. Note: Masukkan juga budu, dan garam secukup rasa. Ada juga yg letak asam keping, tapi aku memang ikut resipi kawan, tak letak pun.

Sambal,

Cili padi - ikut suka (Note: aku akan kisar sekali cili besar beberapa ulas) - kisar
Garam dan gula
Limau kasturi -perahkan
Belacan sikit
Masak atas api.

Wajib dihidangkan dengan, (wajib bagi aku)

Ulam-ulaman - hiris halus
Ikan celop tepong
Telur masin
Keropok ikan.
Budu

Nasi,

masak nasi putih je, sebab tak tahu mana nak cari Bunga Telang.
aku tak suka letak pewarna tiruan.


Siap!!! Simple je. Asalkan sedap.
Jom buka kedai nasi kerabu pulak. Hihi.
Kitorang masa bulan puasa, kalau semua balik, memang kena makan kat atas lantai, hehe, tak muat meja makan. So, aku pertama kali buat ni untuk berbuka puasa, aku hidang siap untuk semua orang. hehe.


Thanks
ZZ

Resipi Nasi Ayam Sedap




Salam,

Bahan-bahan yang kena ada sebelum buka api dapur, dan senang nak rujuk bila berada di Tesco, Giant mahupun NSK! Ahaks

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam
Halia
Bawang Putih dan Bawang Merah
Sos Tiram
Kicap Cair
Kicap Manis
Madu
Minyak Bijan
Minyak masak
Mentega
Daun pandan
Daun Bay
Susu Full cream
Serbuk Ayam
Garam Gula
Rempah (Bunga Lawang, Buah Pelaga, Kulit Kayu Manis)
Daun sup
Daun bawang 
Bawang Goreng
Cili merah (kecil)
Limau kasturi
Jeruk kobis

Mula-mula sekali, AYAM!

Perap ayam dengan bahan yang dikisar (Halia, Bawang Putih dan Merah) selama 30 Minit!
Note: tinggalkan sikit bahan kisar ini untuk masak nasi

Selepas 30 Minit:

Rebus ayam tadi sehingga separuh masak.
Note: Air Rebusan jangan buang, guna untuk masak nasi nanti

Perap lagi dengan hasil campuran ini. (Sos tiram, Kicap Cair, Kicap Manis, Madu, Minyak Bijan)
Selama 1 jam. Note: kicap manis jangan banyak sangat, nanti hitam sangat ayam tu

Selepas 1 jam:

Goreng ayam tadi (deep fry)!  Note: Jangan potong ayam tu, goreng dulu, baru potong bila nak hidang



Kedua, NASI AYAM!

Masak atas kuali bahan di bawah:

Mentega, Bahan Kisar (Bawang Merah, Putih, Halia), 2 helai pandan, 1 helai daun bay, susu full cream, serbuk ayam, garam, gula, dan Rempah (Bunga Lawang, Buah Pelaga, Kulit Kayu Manis), Air rebusan ayam

Dah mendidih bahan kat atas ni, boleh la masuk dalam rice cooker dan adjust ikut berapa banyak beras nak masak. Note: Guna beras wangi tau. hihi

Untuk hidang: Atas nasi tabur, daun sup, daun bawang dan bawang goreng.




Ketiga, SAMBAL CILI!

5 biji cili merah (kecil)
5 atau lebih biji cili merah (besar)
5 ulas bawang putih
2 cm halia

Kisar semua bahan kat atas ni, dan masak dalam kuali bersama air rebusan ayam, tambah sikit garam gula secukup rasa, dan perahkan sedikit limau kasturi. (atau cuka)

Keempat, KUAH KICAP!

Hasil lebihan perapan ayam tadi, jangan buang! Masak atas api, tadaaaaa, dah siap!.



Kelima, SUP!

Rebus air, masukkan jeruk kobis, garam, serbuk ayam, daun bawang, dan bawang putih goreng (boleh jugak nak masuk tulang-tulang ayam yang mana tak di goreng, contoh leher, kaki)





Ni buah honeydew, hehe. 


Dah siap!!!! Resipi ini pun hasil google. Copyright siapa tak pasti, yang penting CUBA! Perghhh terus ajak mak buka kedai Nasi Ayam. Haha.

"Nanti Abah dah pencen, nak buka kedai nasi ayam tak?" hehe


Thanks


Tuesday, 14 January 2014

VMY2014: Sabah

Assalammualaikum, Morningggg...

Haha. Gelakkan diri sendiri, i am broke!!

Bayangkanlahh dalam satu bulan ko pergi melancong dua kali, dengan gaji yang tak seberapa. I wonder, betapa panjangnya langkahku kalau aku dikurniakan rezeki yang lebih banyak. Tapi orang kata, kalau duit banyak, tapi masa pulak tak banyak, Allah swt maha adil. Sekarang aku ada banyak masa, cumanya kena spend wisely. Alhamdulillah.

Here we go!

Tarikh: 8-11 Jan 2014 (Very short trip dan agak rushing! uhh)

Flight pukul 12.45 pm, kami sampai di KKIA(Terminal 2) pada pukul 4.00 petang. Masa tu kereta sewa dah pun menunggu. Terus drive pergi Kundasang (2jam lebih). Kami sebenarnya betul2 gerak ke Kundasang, pukul 530pm. Hehe. sebab singgah petrol pump, tapauuu nasik, beli mcD, buang air, solat. Sampai ke Lodge pada pukul 8.00 pm, hujan masa tu, dah la, pukul 6 pun dah gelap, dengan jalan yang bukit bukau, kereta pun auto, uhhhh sabar je la. Hehe. Tapi tak tahu la kalau naik manual boleh laju lagi ke tak.. Asyik merungut sepanjang jalan, apesal slowww sangat kereta ini. Haha. Sampai je lodge, perghhhh sejuk gila tak ingat, mandi ala kadar. Haha.

Mount of Kinabalu. Ini view daripada lodge kami. Sonny village lodge, Tinompok, Kundasang.
Aku bangun pukul 5.45 am, walaupun tak boleh solat, tapi member boleh solat, so kejut dia, terus aku buka pintu dekat balkoni, dengan harapan nak tengok view gunung sampai la terang benderang. Haha. Sekali aku buka pintu, terkejut, serammm pun ada, pengecut punya orang. Aku tunggu member habis solat baru aku tengok dengan dia sama-sama. Haha
Ada balcony, where you can see nice view, ! Its even colder than your air conditioning at home. Grrrrrrr... gigil. Malam dan pagi subuh je la, siang dah tak sejuk sangat.

One night to remember..


9 Jan - Kami menuju ke Poring Hot Spring. 45 km daripada Sonny Village Lodge. Kami da check out siap-siap. Gerak dalam pukul 9.30 am. Sampai sini pukul 10 lebihhhh. Uhh sepatutnya gerak lebih awal! huu. First timer, tak disiplin!.. Dalam Poring ni kalau panjang lagi langkah boleh jalan dekat canopy walk, dan pergi jauh lagi sampai air terjun.. (Aku tak berkesempatan. :()

Masuk je, terus aku mandi kat sini, sini air sejuk. Hehe Orang datang sini cari air panas, tapi aku mandi air sejuk. Sbb dah lama tak berenang.

Kat sini lain pesen, satu bahagian ada 4partition, kau adjust sendiri tahap kepanasan air yang kau suka. Kalau satu family datang boleh amik keempat-empat partition ikut suka! Kami guna satu je la, bukak air, bagi penuh, pastu berendam.

Oleh kerana susah nak dapat Fish Spa yang murah, jadi kami teruskan perjalanan lagi ke Kg. Luanti. Kat sini ada ikan besar gila habaq hang. Nervous masa mula-mula nak masuk kaki, di tambah dengan sound effect daripada pakcik kat sebelah yang jerit-jerit. Ehhhh propa sangat. Padahal biasa je. Haha. Just first timer macam aku rasa ngilu bila dia gigit tu. Haha. Gigit daki...

Abang ni selamba je bagi makan guna tangan. Nak buang daki kat tangan kot.

Ikan dia bagakkkkk, memang seram.

Balik dari Kg. Tagal Luanti, kami singgah Sabah Tea punya kilang, ladang.

Dalam ini ada tempat makan, nampak sedap, tapi kami tak cuba, hanya minum teh tarik sabah tea je, Haha.

On the way balik ke Kota Kinabalu, kami singgah Desa Cattle, kat sini ada lembu-lembu mooooooo, yang macam dekat New Zealand. Sihat-sihat semua lembu sini, ada padang ragut yang sangat luas. Sejuk jugak. 


Boleh rasa gelato yang memang buat daripada susu fresh baru perah daripada nenen lembu. Ahakss, terasa keLEMBUan susu itu. Just try it! Sedap... Drive sambil member suap. Haha.

Susu ini pun jangan lupa rasa. Haha. Tengok kat shopping complex di Semenanjung macam tak ada, mungkin kat Sabah je la kot yang hado.

Next, kami singgah Kinabalu Park, tak tahu ada apa dalam ni, kami masuk, singgah buang air, solat, tangkap gambar, then balik.

Untuk mereka yang yang hiking gunung kot datang sini.

Yahooooo, 10 Jan, kami dah berada di Kota Kinabalu, bangun pagi-pagi dan terus jalan kaki pergi Jesselton Point nak pergi Pulau.

Alhamdulillah dapat snorkelling dekat 3 Pulau, Pulau Sapi, Manukan dan Mamutik.


Serius, kalau ikut cakap aku, lepas ni jangan la pergi Pulau Manukan ini, sebab tempat snorkelling dia tak berapa best. Sapi dan Mamutik memang best.


Yeahhh! Berjaya spot ikan nemo! 


10 Jan, petang tu kami jalan kaki ke Pasar Ikan Masin. Ini gerai manyak mulahhh, sila datang. Aku beli ikan kering lumi (rangup), dengan harga sekilo RM30. Paling murah la yang aku dapat bila ronda semua kedai.

Suasana luar Pasar Kraftangan. Banyak pakcik tunggu orang datang untuk alter seluar atau apa-apa sahaja.

Cantik!


11 Jan- Pagi, kami sempat berjalan lagi sekali ke Pasar-pasar kat atas ni, then pukul 1230 noon, kami bergerak ke KKIA (Terminal 2) by Taxi. RM30. Kalau ikut research aku, sepatutnya ada bus ke Terminal 2, tapi tak tahu kenapa, bila tanya semua orang, dorang kata bus tu dah tak wujud. Huuuu.
Sekian, trip yang so-so..... Hehe. Mungkin kau punya trip lagi best bha!..

Alhamdulillah.... (sedih sebab tak sempat singgah rumah terbalik tu) :(